[Vide0] Wanita Terkejut Korset Yang Dibeli Untuk Berp4ntang Baru Diterima Lepas 2 Tahun

Pelik tapi benar! Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi yang dilalui wanita dari Indonesia ini apabila barangan yang dibeli secara atas talian mengambil masa selama 2 tahun untuk tiba di rumahnya.

Kisah tersebut diceritakan menerusi satu video pendek yang dimuat naik di akaun TikTok. Menurut wanita ini, dia telah membeli sehelai korset secara online untuk digunakan ketika berp4ntang anak kedua sekitar tahun 2019 yang lalu.

Jelas Irma, dalam tempoh tiga ke empat hari, barangan yang dipesannya itu masih belum tiba di rumah. Berikutan daripada itu, dia cuba menghubungi pihak courier untuk bertanyakan tentang barangannya namun temujanji perlu dibuat terlebih dahulu.

Barang 2 tahun baru sampai

Bercerita dengan lebih lanjut, Irma memaklumkan kemungkinan rider courier tersebut tidak berjaya menghubunginya untuk penghantaran barang kerana dia sudah menukar nombor telefon. Hal ini membuatkan rider itu membawa pulang bungkusan barangan Irma ke rumah kononnya mahu lakukan penghantaran pada keesokan harinya.

Namun, rider tersebut terus terlupa dan hanya terjumpa semula parcel itu pada tahun 2021 iaitu ketika dia membersihkan rumah. Dalam kesempatan itu, Irma meminta orang ramai supaya tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana rider courier terbabit telah memohon maaf atas kelewatannya menghantar barang.

Video:

@yyyxxxsyg

bukti kalo udah rezeki kita ga bakal kemana, pdhl udh diikhlasin, tenang kang kurirnya udah minta maaf ko #jntflyingbox #foryoupage #funnyvideos

♬ Langit – punyamu

Penjelasan:

@yyyxxxsyg

Balas @yyyxxxsyg jadi gitu gaes, terakhir bonus😂 #klarifikasi

♬ suara asli – irmahrma🌀 – irmahrma🌀

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengakui terhibur dengan kisah yang dikongsikan Irma. Malah mereka juga tidak menyangka bahawa barangan tersebut masih ditemukan meskipun sudah hampir 2 tahun. Tidak kurang juga ada di antara mereka memuji kejujuran rider courier berkenaan.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Irmahrma, ohbulan, via sinarviral

Be the first to comment on "[Vide0] Wanita Terkejut Korset Yang Dibeli Untuk Berp4ntang Baru Diterima Lepas 2 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*