Sorry, tak minat donat! G4dis p4nik monyet larikan beg tangan ketika berkelah, sedar-sedar duit j4tuh dari pokok

Hari yang bermula ceria untuk menikm4ti piknik bersama rakan-rakan bertukar cem4s gara-gara kehadiran sekumpulan monyet liar.

Begitulah yang dialami seorang g4dis apabila beg tangannya ‘dibawa lari’ oleh seekor monyet yang kemudiannya memanjat ke sebatang pokok yang sangat tinggi.

Menerusi video yang berjaya dirakam dan dikongsi di aplikasi TikTok, beberapa keping wang kertas milik g4dis itu dilihat j4tuh bertaburan dari atas pokok.

G4dis berkenaan, Anis Farhana Nor Azmi berkata, kejadian berlaku ketika dia berkunjung ke Pantai Teluk Batik di Lumut, Perak pada minggu lalu.

Menurut g4dis berusia 19 tahun itu, dia bersama enam rakan dari Taiping tiba seawal pvkul 7 pagi untuk menghabiskan masa bersama dengan piknik di tepi pantai.

“Masa tu kami belum makan lagi. Sampai saja di tepi pantai, kami letak barang masing-masing dan pergi mengambil gambar di kawasan berdekatan.

“Saya letak beg tangan atas bangku, boleh nampak dari tempat kami bergambar. Ketika itulah sekumpulan monyet datang s3rbu ke tempat barang-barang kami,” katanya kepada mStar.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Lebih mesra disapa Anis, katanya, walaupun banyak makanan yang diletakkan, tetapi barang-barang mereka yang lain menjadi tumpuan haiwan tersebut termasuk beg tangannya.

“Macam-macam makanan kami bawa untuk piknik, Ada donat, roti, sandwich, keropok. Bila kami datang dekat cuba selamatkan barang-barang, monyet-monyet macam nak ser4ng kami.

“Monyet-monyet lain tak kac4u, tapi ada seekor monyet yang duduk atas beg tangan saya sebelum bawa lari naik panjat atas pokok,” ujarnya yang berasal dari Taiping.

monyet kacau piknik 3

Anis akui p4nik beg tangannya dir4mpas oleh seekor monyet.

Anak bongsu daripada enam beradik itu mengaku p4nik dan terus mengejar monyet berkenaan namun g4gal mendapatkan semula beg tangannya.

“Dalam beg tangan tu ada kunci kereta, dompet, kad-kad bank, kad pengenalan dan lesen memandu. Memang p4nik sebab ada dokumen diri yang penting.

“Selalunya monyet minta makanan, tak pernah pula ambil barang-barang lain seperti beg tangan kalau ada makanan depan mata,” tambahnya.

monyet kacau piknik 2

Dompet milik Anis.

Sejurus selepas itu, Anis berkata, monyet tersebut mencampakkan beberapa wang kertas dari dompetnya ke bawah sambil menambah sebahagiannya tersangkut di celah pokok.

“Saya ada bawa cash kira-kira RM50, kira-kira RM26 j4tuh ke bawah dan lain tersangkut kat pokok. Kami cuba baling ranting kayu dan goyangkan pokok untuk t4kutkan monyet.

Paling ger4m part duit, suka hati monyet campak macam tu je dari atas pokok. Mujur saya tak bawa banyak cash kerana selalu guna kad debit

ANIS FARHANA NOR AZMI

“Setengah jam kemudian, monyet tu campak beg tangan. Selepas hampir sejam, baru dicampakkan dompet saya ke bawah.

“Alhamdulillah kad bank, kad pengenalan dan lesen memandu masih ada. Mungkin tempat simpan kad agak ketat, menyukarkan ia dikeluarkan monyet,” tambahnya.

monyet kacau piknik 5

Anis dan rakan-rakan meneruskan piknik selepas kejadian berlaku.

Walaupun mood piknik agak terb4ntut pada mulanya, namun pelajar Diploma Pentadbiran Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Samarahan, Sarawak itu lega kerana barang-barang pentingnya dikembalikan semula dan dia meneruskan piknik bersama rakan-rakan.

“Kami ambil keputusan untuk pindah lokasi dekat sikit dengan kawasan pantai, dan memastikan antara kami sentiasa menjaga barang-barang yang dibawa.

“Paling ger4m part duit, suka hati monyet campak macam tu je dari atas pokok. Mujur saya tak bawa banyak cash kerana selalu guna kad debit.

“Apa pun, saya tak ser1k untuk piknik selepas ini hanya kerana seekor monyet. Cuma saya dan rakan-rakan kena lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Sorry, tak minat donat! G4dis p4nik monyet larikan beg tangan ketika berkelah, sedar-sedar duit j4tuh dari pokok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*