“Memang Perlu Datang 4 Jam Awal Untuk Urusan Check In Flight Tiket Dan…,” – Terbang Ke Langkawi, Mila Jirin Kongsi Proses Perjalanannya

Pihak kerajaan kini kembali memberi kebenaran kepada orang ramai yang telah lengkap d0s svntik4n v4ksin4si untuk melakukan pergerakan rentas negeri, mulai 11 Oktober lalu.

Lantas, ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung selain bercuti bersama yang tersayang. Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin misalnya turut tidak melepaskan peluang untuk bercuti bersama keluarganya di Pulau Langkawi.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkongsi proses perjalanan serta langkah yang perlu dilakukan sekiranya mahu isi masa ke lokasi percutian lokal itu.

Menurut Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, pelancong harus mengikuti beberapa prosedur ketika daftar masuk dan mereka disarankan untuk tiba beberapa jam lebih awal sebelum penerbangan.

“Memang perlu datang 4 JAM Awal untuk urusan Check In Flight Tiket & Drop Baggage Pengalaman BARU Travel ke Langkawi.

“Sampai di Airport, Scan My Sejahtera dan didepan pintu masuk utama Polis bertugas dah semak status vaksin dan jika dah buat RTK.

“Jika dah jalankan RTK boleh terus ke Kaunter Check in / Drop Off Baggage. Jika belum buat RTK perlu buat Saliva Self Test di Airport.

“Saya dah self check-in dirumah dan print out bording pass, so dapatlah skip long Q di kaunter check in dan terus ke kaunter Drop Baggage.

“Sewaktu di Kaunter Drop Off, dokumentasi di semak sekali lagi. Mykad, RTK Document, MySejahtera (Perlu REFRESH Mysejahtera kepada TARIKH departure) dan Hotel Booking info.

“Sambil tunggu PIC bertugas uruskan baggage, saya tanya ‘jika orang yang buat Saliva Test, buat di bahagian mana?’

“Diterangkan kepada saya di bahagian tengah. Saliva test kit perlu dibeli dan sekiranya ada yang positive tidak dibenarkan terbang dan diarahkan pulang.

“Sejurus selesai urusan drop baggage, dibahagian Airport Security Scanner sekali lagi disemak MyKad, MySejahtera dan RTK Dokumen / Saliva Test Result.

“Sampai di depature gate, pegawai bertugas memberi arahan untuk scan TRACK APM dan isikan semua maklumat yang diperlukan sepanjang kunjungan ke Langkawi.

“Dalam flight tak ada apa apa dokumen lain disemak selain daripada dokumen biasa boarding pass dan mykad.

“So far dalam flight 100% capasity (tiada penjarakan tempat duduk) dan semua wajib guna mask kecuali waktu makan boleh buka mask. Flight sanitize before and after the trip seperti yang dinyatakan oleh Anak kapal,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Persis Mutiara ini turut mended4hkan beberapa langkah yang perlu dilakukan sejurus sampai ke destinasi.

“Setiba di Langkawi as usual our new norm, scan My Sejahtera and collect baggage. Tiada lagi dokumen disemak.

“Kawalan ketat di Airport dalam menyemak my sejahtera dan dokumen adalah amat dipuji. Ini juga telah membuatkan saya mencatat beberapa SOP yang boleh digunapakai nanti di @bizmilla_wedding_centre bila dah boleh beroperasi pada Fasa 4 nanti Insya Allah..,” tulisnya panjang lebar.

Moga apa yang dikongsikan usahawan ini bermanfaat kepada mereka yang berhajat untuk ke Langkawi selepas ini.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Memang Perlu Datang 4 Jam Awal Untuk Urusan Check In Flight Tiket Dan…,” – Terbang Ke Langkawi, Mila Jirin Kongsi Proses Perjalanannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*