Tiada sijil lahir gara-gara nama anak terlalu panjang, suami isteri tulis surat terbuka kepada Presiden Jokowi

GARA-GARA mempunyai nama yang cukup panjang dengan terdiri daripada 19 perkataan, ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki ini menghadapi kesvkaran untuk memperoleh sijil kelahiran anak mereka.

Suami isteri, Arif Akbar dan Suci Nur Aiysiah menamakan anak lelaki mereka yang lahir pada 6 Januari 2019 dengan nama Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta.

Mereka memanggilnya dengan nama timangan ‘Cordo’.

Pasangan dari Jawa Timur itu melu4hkan kebimbangan kerana anak mereka masih belum mempunyai dokumen penting berkenaan sejak dilahirkan.

“Saya sudah berjuang tiga tahun untuk mengurus dokumen kelahiran ke pejabat kerajaan, setiap kali datang kami disuruh menunggu.

“Sampai terakhir, diberikan solusi mengganti nama anak,” katanya.

Lantaran itu, pasangan berkenaan akhirnya menulis surat terbuka kepada Presiden Indionesia, Joko Widodo (Jokowi) bagi melu4hkan mas4lah yang dihadapi mereka.

Dalam surat terbuka itu, pasangan tersebut berharap Jokowi dapat memberikan solusi kepada permasalahan tersebut tanpa mengubah atau mengganti nama anak mereka. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Tiada sijil lahir gara-gara nama anak terlalu panjang, suami isteri tulis surat terbuka kepada Presiden Jokowi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*