“Saya terima komen luar biasa yang sangat positif,” Nubhan terh4ru video dengan ‘Mak Jenny’ jadi tarikan jutaan netizen

Penyanyi Nubhan Ahamad, 35, terh4ru apabila video-video keletah spontan dan mencuit hati bersama ibunya yang dikenali sebagai Mak Jenny atau nama sebenar Badariah Omar, 76, berjaya menyentuh hati jutaan rakyat Malaysia.

Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad berkata dia paling bersyukur apabila videonya secara tidak langsung memberi seribu satu manfaat dan pengajaran buat ramai.

“Sejak berkongsi video dengan Mak Jenny sejak lebih setahun lalu, saya menerima komen luar biasa yang sangat positif. Jadi, saya berpendapat lebih baik kongsi video-video spontan begitu bersamanya.

“Tidak sangka ia berjaya mencetuskan reaksi luar biasa dari pelbagai aspek. Paling menyentuh apabila ia memberi pengajaran bahawa ibu bapa adalah harta keramat paling berharga kita ada di dunia ini.

“Menerusi komen saya dapat, ramai tersedar serta terbuka hati betapa berharganya mereka (ibu bapa). Meski mer4juk, berg4duh, ingatlah ibu bapa tidak pernah berniat tidak baik dengan kita,” katanya.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

Penyanyi lagu Ada Untukmu itu juga mengakui perkongsiannya turut menj3ntik em0si ramai terutama yang sudah kehilangan serta tidak dapat bermanja lagi dengan ibu bapa mereka.

“Walaupun mereka seronok dan terhibur dengan keletah kami dalam video, ada yang mengakui terdetik rasa sed1h. Selain r1ndukan ibu bapa di kampung, lebih hiba buat mereka yang sudah kehilangannya.

“Ada yang merasa ses4l tidak sempat bermanja dan berharap dapat lakukan sebagaimana hubungan saya dengan Mak Jenny. Macam-macam, lagilah reaksi netizen yang sebenarnya agak meny3ntuh hati saya tatkala membacanya,” katanya.

Nubhan turut mended4hkan, videonya bersama Mak Jenny juga mendapat tontonan berjuta-juta warganet di Facebook. Tidak ketinggalan sambutannya luar biasa di Instagram dan YouTube.  

Justeru, dia memilih untuk terus memaparkan kandungan sebegitu berbanding fokuskan dirinya semata-mata. Dia bersyukur video spontan demikian berjaya memberi impak tersendiri serta teladan dan pengajaran.

Terdahulu, Nubhan turut berkongsi hantaran tangkap skrin mesej diterimanya daripada netizen yang diakui cukup menyentuh hati.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

Komen netizen:

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "“Saya terima komen luar biasa yang sangat positif,” Nubhan terh4ru video dengan ‘Mak Jenny’ jadi tarikan jutaan netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*