Kasih seorang ayah… tiada wang berjuta tapi boleh beri seafood segar, g1gih sampai ke Subuh demi anak tercinta – “Selalu call, tanya bila nak balik?”

Ayah tak boleh nak bagi kereta mewah dan duit berjuta, tapi dia boleh bagi anak-anak makan seafood fresh hari-hari.

Demikian tulis seorang wanita menerusi kapsyen video yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok miliknya.

Nor Faizah, 27, tidak menyangka video ketika dia mengikut bapanya, S. Nadi, 65, keluar mengutip ketam di Bagan Datuk, Perak, akan tular dan meraih perhatian ramai.

Bapa Eyza kini berusia 65 tahun.

Kata guru taska yang bekerja di Putrajaya itu, dia pulang ke kampung pada minggu lalu kerana mempunyai urusan dan sempat bermalam di kediaman keluarganya selama tiga hari.

“Ayah selalu call, tanya bila saya nak balik? Dia kata anak lama tak balik, dia ada hobi baharu. Dia kata dia t4ngkap banyak ketam. Dulu dia suka memancing, sekarang hobi baru tangkap ketam.

“Ketika saya balik Ahad lalu, saya ambil peluang ikut dia pergi tangkap ketam juga. Ris4u sebab ayah dah tua.

“Pada Ahad, dia dah siap pergi pasang jaring. Kemudian petang baru saya ikut untuk pergi kutip semua ketam yang dit4ngkap.

“Saya ingatkan ia di tepi-tepi batu, rupa-rupanya kena masuk dalam sungai, lalui paya dan sebagainya. Jadi saya buat video, terkejut bila tiba-tiba viral,” ujarnya kepada mStar.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Mesra disapa Eyza, dia berkata hasil tangk4pan ketam sekitar tiga kilogram (kg) akhirnya dibawa pulang sebelum ia dimasak dan dijamu keluarga.

Bercerita lanjut, Eyza berkata bapanya sememangnya gemar memancing ikan sejak dulu lagi.

Kadang-kala dia memancing waktu malam sampai Subuh pun saya ikut.

EYZA

Malah, Eyza yang juga anak bongsu daripada dua beradik kerap menemani bapanya keluar memancing selepas ibunya men1ngg4l dvnia ak1bat s4kit leuk3mia pada tahun 2003.

“Ayah bukan nelayan. Ayah dulu kerja kilang. Tapi setiap kali habis kerja, dia suka memancing dan menjala. Dia tak suka jalan-jalan ke mall atau melepak di mana-mana.

eyza3

Tangkap layar video yang dikongsi Eyza di TikTok miliknya.

“Saya pula anak bongsu yang jenis suka ikut ayah. Sejak dulu saya suka ikut sebab ris4ukan keselamatannya. Kadang-kala dia memancing waktu malam sampai Subuh pun saya ikut.

“Kali ini, dapat pula pergi kutip ketam. Saya rasa seronok sebab dah lama tak balik. Ini pun kebetulan ada urusan yang perlu diselesaikan. Saya kalau boleh nak hargai ayah selagi dia masih ada,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Eyza juga sebak membaca komen netizen di TikTok selepas video yang dikongsinya tular.

eyza4

Bapa Eyza sememangnya suka memancing sejak dulu lagi.

“Saya pun tak fikir orang akan tengok video saya. Tiba-tiba notification masuk mendadak. Ramai yang kata seronok tengok kami t4ngkap ketam.

“Pada masa sama, ramai yang kata mereka teringat mak ayah masing-masing. Ada juga anak-anak nelayan yang komen.

“Saya rasa seb4k baca komen mereka yang lahir dari keluarga bukan senang, sebab saya pun begitu juga. Ayah pernah kata, ini saja yang dia boleh bagi. Dia boleh bagi makan seafood yang fresh,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Kasih seorang ayah… tiada wang berjuta tapi boleh beri seafood segar, g1gih sampai ke Subuh demi anak tercinta – “Selalu call, tanya bila nak balik?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*