Jaga sendirian sejak usia 8 bulan, bapa tunggal sanggup buat apa saja demi puterinya… tak kek0k mekap, pakaikan tudung pun boleh!

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Begitulah kisahnya mengenai bapa tunggal ini yang cek4l membesarkan satu-satunya anak perempuan yang berusia empat tahun sembilan bulan.

Video-video memaparkan Ilyas Farid Mohamad yang sedang menata rias anaknya, Rania Fariya turut tular sehingga meraih ratusan ribu tontonan menerusi aplikasi TikTok.

Faris rajin melayan kehendak puteri tunggalnya yang gemar bersolek.

Bercerita kepada mStar, lelaki berusia 30 tahun yang bekerja dalam bidang h0spitaliti itu mengakui terkejvt ketika kali pertama video dia dan anaknya tular dan meraih perhatian ramai.

“Saya berkongsi video di TikTok untuk disimpan sebagai kenangan. Kebetulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masing-masing bosan. Selain itu, saya juga nak tunjukkan aktiviti yang boleh dibuat oleh bapa tunggal.

“Biasanya kita tengok ibu tunggal dengan anak saja. Apabila video pertama kami viral dan meraih hampir sejuta tontonan, saya memang terkejut.

“Baca komen-komen netizen, saya pun makin terh4ru. Saya tengok ramai yang doakan kami, terus rasa hari saya lebih bermakna dan bersemangat,” ujarnya.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Mesra disapa Faris, dia yang menetap di Kota Tinggi, Johor mended4hkan sudah berp1sah dengan isterinya pada tahun 2017.

Tambah Faris, puteri sulung yang senang disapa Rania itu berada dalam jagaannya sejak berusia lapan bulan dan disifatkan sebagai anak yang baik dan tidak pernah menyus4hkan dirinya.

Saya nak beri inspirasi kepada bapa tunggal atau ibu tunggal supaya tabah dan fokus 100 peratus terhadap anak.

FARIS

“Tak susah nak jaga Rania. Saya dengan ibunya juga masih baik dan kami banyak bertolak ansur demi Rania. Dia tak pernah menyus4hkan saya sejak kecil sehinggalah ke hari ini.

“Rania seorang yang banyak cakap. Pada masa sama, dia suka bergaul dengan orang dewasa. Jadi, pemikirannya lebih matang berbanding usia sebenar. Rania juga sudah dihantar ke tadika sejak usia tiga tahun dan bercita-cita untuk jadi angkasawan suatu hari nanti,” ujar Faris lagi.

Menurut Faris, dia bukanlah seorang yang mahir mengenai bab fesyen mahupun solekan, namun mempelajari semua kemahiran itu demi melunaskan tanggungjawabnya sebagai bapa.

RANIA3

Faris berharap video yang dikongsi dapat memberi inspirasi kepada golongan ibu atau bapa tunggal yang lain.

Tambah Faris, dia juga mahu memberi inspirasi kepada golongan ibu bapa di luar sana yang sudah berpis4h dengan pasangan masing-masing agar tidak leka dalam memberikan yang terbaik buat anak-anak.

“Bab mekap dan tudung misalnya, saya kurang berminat. Tambahan pula saya sibuk dengan kerja. Tapi anak saya suka berhias, dia suka tengok benda cantik. Sebagai bapa, saya layankan saja.

“Saya nak beri inspirasi kepada bapa tunggal atau ibu tunggal supaya tabah dan fokus 100 peratus terhadap anak. Apa yang kita tak tahu, kita kena belajar demi anak.

faris2

Video dua beranak ini meraih ratusan ribu tontonan di TikTok.

“Selagi mampu, saya cuba buat yang terbaik untuk dia. Selain itu, ia juga merupakan tanggungjawab saya. Sus4h atau senang, saya tetap kena buat.

“Dulu selalu tak jadi ketika pakaikan tudung untuk Rania. Tapi saya berlatih sampai boleh. Mula-mula dulu memang susah.

“Rania pula suka layan YouTube, tengok tutorial mekap dan tudung. Saya sebagai ayah kena sentiasa pantau apa yang dia tengok. Jadi, saya tumpang tengok sekali,” ujarnya berseloroh.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Jaga sendirian sejak usia 8 bulan, bapa tunggal sanggup buat apa saja demi puterinya… tak kek0k mekap, pakaikan tudung pun boleh!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*