Cikgu Dipuji Guna Duit Sendiri Pasang Tinted Pada Tingkap Kelas Sempena Pelajar Kembali Ke Sekolah

Selepas 6 bulan ditutup, sekolah akhirnya dibuka semula kepada pelajar pada minggu lepas dengan SOP yang ket4t.

Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh pihak sekolah dan guru adalah setiap kelas tidak dibenarkan menggunakan langsir yang dibimbangi menjadi punca penyeb4ran w4bak C0VlDl9.

“Kesi4n nanti murid panas”

Disebabkan hal tersebut, seorang guru baru-baru ini telah mendapat perhatian netizen apabila dia sanggup mengeluarkan wangnya sendiri membeli tinted untuk dipasang ke setiap cermin tingkap di dalam kelas. Wahh! 

Menerusi perkongsian @iam_hafizihamizi di TikTok, dia pada awalnya dilihat sedang membuat persiapan untuk pembukaan sekolah dengan membersihkan meja serta kerusi pelajarnya dan membuat tag untuk dilekatkan pada setiap meja.

Demi mematuhi arahan SOP yang ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), guru ini juga telah membuka langsir yang dipasang di dalam kelas tersebut. Pun begitu, dia agak ris4u jika pelajarnya merasa panas jika meja mereka bersebelahan dengan tingkap.

Cikgu ini kemudian mengambil inisiatif sendiri dengan membeli pelekat ‘tinted’ yang kemudian dipasangkan pada setiap cermin tingkap di dalam kelas itu. Rajinnya! 

Video:

@iam_hafizihamizi

Sekolah nak buka ape cikgu buat.? Buat tag meja, cuci meja n kerusi, buka lgsir, pasang tinted etc #fyp #cikgu #sekolah #pdpr

♬ ONLY – LeeHi

“Korb4nkan tenaga duit gaji untuk anak murid” 

Rata-rata netizen kagum dengan kerajinan dan sikap prihatin guru tersebut terhadap anak muridnya sehingga sanggup mengeluarkan wang sendiri demi membuatkan pelajar berasa selesa di dalam kelas.

Malah usaha guru ini juga mendapat pujian daripada bekas menteri KPM, Dr Maszlee Malik di TikTok.

Komen netizen:

Salute buat guru yang sanggup meng0rb4nkan masa dan wang ringgit demi kebaikan pelajar yang disayangi. Pelajar kat luar sana jangan sia-siakan ye pengorbanan guru kita ni. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "Cikgu Dipuji Guna Duit Sendiri Pasang Tinted Pada Tingkap Kelas Sempena Pelajar Kembali Ke Sekolah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*