“Pakej! Lukis Sudirman, dapat TokTi sekali”-[Vide0] Wajah Lagenda Malaysia Dilukis Serentak Guna Hanger Je

Bakat melukis ni bukan senang-senang nak dapat. Ada orang nak lukis orang lidi pun tak jadi. Tapi abang Jeff ni melimpah-limpah bakat kreatif dia!

Video lukisan wajah dua lagenda Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza dan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad yang di post menerusi laman sosial Tiktok semalam berjaya meraih 123.8K views. Bukan setakat dapat banyak views dekat Tiktok je, tak sampai berapa jam, videonya di share pula dekat Twitter.

Powerlah abang Jeff ni, dah lah pandai melukis, bukan satu gambar je, tapi dua gambar serentak!

Yang lagi tambah terkejutnya, dia guna hanger je nak lukis dua gambar serentak tu! Macam mana dia boleh maintain dua rupa berbeza dalam satu masa ek? Nak lukis satu gambar je pun dah susah, inikan dua gambar serentak.

“Aku kalau lukis hanger pun belum tentu jadi”-Netizen

Rupa-rupanya, abang Jeff ni dah banyak post video lukisannya di akaun Tiktok dan Youtube peribadinya! Bukan setakat dua legends tu je, ramai lagi legends lain yang dilukisnya. Korang boleh lah ‘follow upnext lukisan dia lepasni.

Video:

@jeffart06

dua-dua lagenda🥰👌❤️ #sitinurhaliza #sudirman #basikaltua #fyp #fypシ #art #hangerchallege #kreatif #portrait #melukis #hobi #tokti #lagend #pen

♬ Hidup Sederhana (Basikal Tua) (Sudirman Concert) – Siti Nurhaliza

Dengan biografi Tiktok “Lukisan guna pelbagai medium”, abang Jeff ni bukan je boleh melukis dua gambar serentak guna hanger, dia guna macam-macam ya guys! Yang tak pernah dibuat orang pun ada! Bakat kreatif dia tu bukan sikit-sikit ya..

Orang berbakat macam abang Jeff ni confirmlah kan dapat banyak pujian. Netizen siap hantar request untuk next post lagi. Tak menang tangan abang Jeff!

Komen netizen:

Min kalau ada bakat lukis pemandangan sawah padi cantik, belakang ada gunung-ganang je pun dah syukur dah. Abang ni memang terbaik!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Pakej! Lukis Sudirman, dapat TokTi sekali”-[Vide0] Wajah Lagenda Malaysia Dilukis Serentak Guna Hanger Je"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*