Pernah bergelar doktor pelatih… pemuda kongsi kisah per1t selepas resign, 3 tahun mohon berpuluh kerja tapi pengawal keselamatan pun tak dapat!

Walaupun hang ada segulung degree dalam bidang perubatan sekalipun, bila hang keluar dari bidang perubatan, sijil hang tak laku babe, (nak jadi) security pun tak laku jadi jangan bangga sangat-sangat dengan degree tu.”

Nasihat ini datang daripada seorang bekas doktor pelatih, Dr Muhamad Hazwan Nazri, 28, yang terp4ksa melakukan pelbagai jenis pekerjaan termasuk menjual ayam goreng ditepi jalan demi mencari rezeki yang halal selepas dia meletakkan jawatan.

Berkongsi “kes3ngs4raannya” selama tiga tahun berusaha mencari kerja tetap, Dr Muhamad Hazwan berkata, dia hampir berpvtus asa selepas percubaannya menghantar resume ke lebih 30 syarikat tidak membuahkan sebarang hasil.

“Masa tu memang rasa nak give up tapi fikir saya nak kahwin saya tak boleh putus asa dan dengan dorongan keluarga dan tunang (masa tu) saya cekalkan hati buat muka tembok dan terus hantar lagi resume.

“Selepas kahwin saya masih tak dapat kerja, tapi saya hantar jugak resume sebab sed1h la kita ketua keluarga, tapi isteri saya membuatkan saya lebih bersemangat untuk cari kerja,” katanya.

Dr Muhamad Hazwan (depan sekali) sewaktu bertugas sebagai doktor pelatih di sebuah h0spital di Pulau Pinang.

Menurut Dr Muhamad Hazwan, dia membuat keputusan untuk berhenti sebagai doktor pelatih di sebuah h0spital di Pulau Pinang pada bulan Jun 2018 ak1bat tek4nan per4saan yang dihadapinya.

“Saya letak jawatan sebab ada isu r4cism dan masa tu jiw4 saya r4puh bila kena tek4n dengan pihak atasan saya hampir mengalami depr3ssion tapi tak sempat refer ke psychiatrist.

“Saya tak nak risikokan pes4kit saya jadi saya ambil keputusan untuk berhenti,” katanya.

Menurut Dr Muhamad Hazwan, demi kelangsungan hidup, dia berusaha untuk mencari apa sahaja peluang pekerjaan yang ada, malah dia menghantar resumenya ke seberapa banyak kilang yang ada di negeri itu, namun tidak ada satu pun yang “mengena”.

“Sampai satu tahap saya give up dan saya daftar Grab, tujuh bulan jugak saya buat Grab, jumpa passenger yang angkvh, somb0ng, ada yang baik hati, yang pandang h1na pada driver pun banyak.

“Dari situ saya belajar tentang pentingnya good manners (berperangan baik) tak kira darjat, semua manusia tak boleh di diskriminasi,” katanya.

Tambah Dr Muhamad Hazwan, pengalamannya sebagai pemandu Grab juga membantu dia mengasah kemahiran berkomunikasi serta penggunaan bahasa inggeris.

“Saya lemah bahasa Inggeris dulu, MUET (Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia) pun Band 3 tapi sejak buat Grab, banyak jumpa warga asing yang menggunakan pelbagai accents, english saya pun semakin baik dan saya juga lebih yakin untuk bertutur menggunakan bahasa tersebut,” katanya.

Menetap di Pulau Pinang bersama keluarganya pada masa itu, Dr Muhamad Hazwan berkata, tugasnya sebagai pemandu Grab membawanya merantau ke serata tempat – iaitu dari Batu Feringghi sehinggalah ke Bayan Lepas.

Best bawa Grab sebab dapat jumpa ramai orang.

Kenal macam-macam gelagat dan pandangan kita terhadap dunia akan jadi lebih luas,” katanya, menambah dia bagaimanapun terp4ksa berhenti sebagai pemandu Grab apabila kerajaan mewajibkan pengambilan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

Menurut Dr Muhamad Hazwan, dia kemudiannya memohon kerja sebagai petugas bahagian makanan dan minuman di hotel-hotel terkemuka di Pulau Pinang serta pegawai khidmat pelanggan di lapangan terbang, namun dia tidak pernah dipanggil untuk interview.

Dua bulan sebelum berkahwin, dia membantu isterinya membuat jualan tudung secara dalam talian.

“Kami ambil stock di Jalan TAR, Kuala Lumpur kemudian balik dan jual secara online, kami ada Instagram sendiri HLR Perfection.

“Isteri saya juga ada buat food review kemudian saya edit videonya, dapat la bayaran lebih kurang RM50 untuk setiap review.

“Tudung tu boleh la nak dapat dalam RM1,500 ke RM2,000 sebulan tapi tu pun naik turun, pernah je dapat bawah RM1,000, tapi tetap rezeki jadi syukur je la dari tak dapat langsung,” katanya.

Dr Muhamad Hazwan kemudian pindah ke Perak selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan pertama, untuk tinggal bersama isterinya yang berpindah lebih awal untuk pulang ke kampung halaman ak1bat al4han tervk semasa meng4ndungkan anak mereka yang pertama.

“Di Perak saya cari kerja lagi, baik kilang di Kemunting sampailah ke Taiping, sama juga tak dapat, 7Eeleven, Speedmart, security, semua tak dapat.

“Tapi kebetulan isteri saya nampak posting story dekat WhatsApp kawan dia ada nak buka Muiz Hot Chicken dekat Trong, dari situlah saya mula terikat dengan Muiz Hot Chicken,” katanya.

Dr Muhamad Hazwan menjual ayam goreng Muiz Hot Chicken di Trong, Perak.

Walaupun bukan lagi bekerja dalam bidang perubatan, Dr Muhamad Hazwan tetap berkongsi ilmunya dalam bidang perubatan dengan memberi pelbagai info kesihatan di media sosialnya.

Perkongsiannya ini membuatkan dia mula dikenali ramai.

“Saya mula terkenal dekat tiktok sebagai DR1 SHARE pun sebab Muiz Hot Chicken sebab selalu saya akan live masa saya berniaga.

“Orang kampung selesa dengan saya, kadang-kadang tu mereka datang kedai bukan nak beli ayam sangat pun tapi sebab nak tanya soalan,” katanya sambil menambah di sempat menjual ayam goreng tersebut selama lima bulan sebelum menerima tawaran sebagai pakar perunding kesihatan di sebuat syarikat swasta di Johor.

Dr Muhamad Hazwan sering berkongsi info-info menarik mengenai kesihatan di media sosialnya.

Menurut Dr Muhamad Hazwan, dia kini sudah mula memohon kembali kerja sebagai seorang doktor pelatih.

“Pensyarah saya ada cakap saya pegi mana pun masih apply ilmu medik jadi kenapa tak reapply semula jadi doktor pelatih?

“Ramai doktor-doktor lain pun sokong saya reapply semula, dekat TikTok saya banyak yang bagi positif feedback mengenai pengetahuan saya jadi ini menjadi pendorong buat saya.

“InsyAllah tahun depan saya akan kembali berkhidmat sebagai doktor perubatan semula,” katanya.

Katanya, pengalaman mencari kerja sepanjang tiga tahu lalu banyak mengajarnya erti kehidupan serta mematangkan dirinya.

“Tiga tahun berhenti kerja, saya belajar tentang apa itu erti hidup, pentingnya untuk kentalkan jiwa, dan perjalanan jatuh bangun ini cukup mematangkan saya.

“Satu lagi yang paling penting, saya juga banyak belajar berkaitan dengan nutritional medicines,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Pernah bergelar doktor pelatih… pemuda kongsi kisah per1t selepas resign, 3 tahun mohon berpuluh kerja tapi pengawal keselamatan pun tak dapat!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*