Dulu panas b4ran, bermvsuh adik beradik… siapa sangka jejaka berubah selepas ke kvbur, siap plan kejvtan buat 2 adik – “Seb4k pertama kali dipelvk”

Rakaman memaparkan seorang abang menghadiahkan dua buah telefon bimbit terpakai buat dua adiknya meraih sejuta tontonan di aplikasi TikTok.

Menurut Amerul Zakry Kamaruddin, 22, dia sama sekali tidak menyangka video itu akan meraih perhatian ramai sehingga dihujani ribuan komen netizen yang tersentuh melihat kasih-sayang antara dia dan adik-adiknya.

Malah kata anak kedua daripada tujuh beradik itu, dia seb4k apabila dipeluk Nur Sufi Balqis, 14, dan Nur Nadia Maisara, 13, ketika kejvtan itu dibuat di kediaman mereka di Pontian, Johor pada Khamis lalu.

Amerul sebelum ini pernah bekerja di sebuah kilang di Johor.

“Mereka berdua merupakan anak kelima dan keenam dalam keluarga saya. Sebenarnya mereka dah ada telefon yng dibeli oleh ibu. Tapi kami ni bukan orang senang, ibu beli telefon biasa-biasa saja.

“Saya tengok mereka macam tak berapa selesa dengan telefon yang digunakan sekarang. Jadi saya nekad nak belikan telefon second hand yang lebih bagus untuk mereka.

“Sejujurnya ketika mereka pelvk, saya rasa seb4k sangat. Ia merupakan kali pertama dalam hidup saya dipelvk oleh mereka berdua. Rasa bahagia yang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata,” ujarnya.

Mesra disapa Amerul, dia mended4hkan dua telefon itu dibeli menggunakan wang gaji ketika dia bekerja di sebuah kilang, baru-baru ini.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Kini, Amerul yang juga graduan bidang Pengurusan Maklumat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat telah mendapat pekerjaan baharu di sebuah gim sebagai kakitangan dalam bidang pemasaran.

“Saya baru habis belajar pada bulan Julai. Sebelum ini saya kerja kilang. Saya belikan telefon untuk mereka menggunakan wang gaji saya. Tak nak fikir panjang, saya terus beli.

Bila masuk kampus, saya mula r1ndu adik-adik yang lain. Sejak itu juga yang niat nak jadi abang yang terbaik

AMERUL

“Alhamdulillah, bermula bulan ini saya dah bekerja di sebuah gim. Saya sejujurnya tak sangka video tu viral. Mungkin rezeki saya bagi kat adik-adik, Allah tukarkan dengan rezeki views di TikTok.

“Kebetulan saya baru kerja dalam bidang marketing. Bolehlah saya post mengenai gim tempat saya bekerja di TikTok, manalah tahu dapat tarik pelanggan,” ujarnya.

Disebalik video em0si penuh kasih-sayang itu, Amerul mended4hkan dia sebelum ini merupakan seorang yang panas b4ran.

Malah katanya, dia pernah naik tangan terhadap adik-adik sebelum mula berubah, beberapa tahun lalu.

amerul2

Paparan skrin video tular yang meraih sejuta tontonan di TikTok.

“Ketika remaja, umur 14 dan 15 tahun, saya seorang yang panas b4ran. Adik-beradik semua saya buat mvsuh. Masa tu d4rah panas, saya pernah pvkul mereka. Adik juga pernah kena t4mpar sebab k4cau saya tidur.

“Saya rasa sangat z4lim dan tak berguna. Pada suatu hari, saya terniat nak ke kubur arw4h adik saya. Arw4h meninggal ketika baru l4hir, saya pun tak sempat jumpa. Ketika di kvbur, saya lu4hkan isi hati sendirian.

“Sejak detik itu, hidup saya mula teratur, saya juga dapat tawaran universiti. Bila masuk kampus, saya mula r1ndu adik-adik yang lain. Sejak itu juga yang niat nak jadi abang yang terbaik,” imbas Amerul lagi.

amerul4

Amerul bersama sebahagian ahli keluarganya.

Pesan Amerul kepada individu di luar sana, hargailah adik-beradik dan ibu bapa selagi mereka masih ada.

Malah kata Amerul, dia percaya dengan konsep rezeki kurniaan Allah dan enggan sesekali bersikap kedekut dengan mereka.

“Dengan adik-beradik, usahlah kita berg4duh. B4ran macam mana pun, suatu hari nanti apabila kita sus4h, mereka akan tolong.

“Ikatan tak akan putus. kalau ada yang nak ubah diri dan keluarga, lakukan sekarang, jangan tunggu-tunggu. Kalau bukan kita yang berubah, siapa lagi yang nak bantu?” ujarnya mengakhiri bicara.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Dulu panas b4ran, bermvsuh adik beradik… siapa sangka jejaka berubah selepas ke kvbur, siap plan kejvtan buat 2 adik – “Seb4k pertama kali dipelvk”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*