Demi kesihatan, Akim Ahmad kini berjinak-jinak, aktif aktiviti berbasikal

Penyanyi Akim Ahmad, 30, mula berjinak-jinak dalam aktiviti berbasikal bagi memulakan gaya hidup sihat sejajar dengan peningkatan usia dan mengisi masa lapangnya.

Akim berkata, dia mula terbabit dalam aktiviti riadah itu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

“Bermula dengan membeli basikal lipat terpakai, saya kini menggunakan basikal fixie. Tidaklah terlalu mahal dan harganya bersesuaian dengan orang yang masih baru seperti saya.

“Bagi saya, tidak perlu berbelanja terlalu mewah untuk membeli basikal kerana saya masih baru dan tidaklah terlalu hebat lagi. Cukuplah dengan apa yang dibeli berdasarkan kajian yang dibuat untuk beberapa tempoh.

“Saya hanya ingin mengembangkan lagi kemahiran dalam aktiviti berbasikal. Saya berkayuh dari rumah ke studio, walaupun tidak terlalu jauh tetapi keadaan jalan yang berbukit membuatkan saya berpeluh juga. Apatah lagi saya kini sudah memasuki usia 30 tahun. Jadi, perlu mementingkan kesihatan. Selain mengeluarkan peluh, berbasikal juga mampu meningkatkan stamina,” katanya kepada Harian Metro.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Akim Ahmad (@akimahmad)

Akim berkata, dia turut mengajak isterinya, Stacy Anam untuk berkongsi hobi sama.

“Sebelum ini jika ada masa terluang, kami hanya habiskan masa di rumah saja. Jadi, saya mengambil pendekatan untuk mencari satu aktiviti riadah bersama dengan Stacy.

“Memang pada awalnya mencabar kerana belum biasa. Kata orang, alah bisa tegal biasa. Seronok juga apabila kami berbasikal di sebelah pagi dan malam mengikut kelapangan waktu. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan kami suami isteri,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "Demi kesihatan, Akim Ahmad kini berjinak-jinak, aktif aktiviti berbasikal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*