Kamal Adli Dah Mula Fitting Baju Kahwin, Netizen Tak Sabar Nak Tahu Tarikh!

Pelakon, Kamal Adli berkongsi momen dirinya sedang melakukan sesi mengukur pakaian (fitting) menerusi beberapa foto di Instagram Storynya.

Perkongsian yang dilakukan itu, ternyata mencvri perhatian netizen yang tidak sabar mahu melihat Kamal dan Uqasha Senrose sah menjadi suami isteri.

Beri ‘hint’ pakai baju pereka tersohor?

Menerusi foto yang dikongsikan, Kamal dilihat berjumpa dengan pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini. Pada masa yang sama, Kamal dipercayai memberi ‘hint‘ bahawa dia bakal memakai busana pengantin hasil sentuhan pereka tersebut, Kapsyen ‘ukur apa tu’ yang ditulis oleh Kamal turut menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen.

Tidak hanya melakukan sesi fitting bersama Rizman, pelakon berusia 35 tahun tersebut turut berkongsi foto dirinya bertemu dengan pereka yang pakar membuat pakaian jenis suit iaitu Kenny Lords.

Tiada kelib4t Uqasha

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! kelib4t Uqasha tidak kelihatan semasa Kamal hadir melakukan sesi fitting di kedua-dua butik terkenal itu.

Terdahulu, Uqasha berkongsi akan mengadakan majlis mereka di sebuah pusat peranginan di tanah tinggi. Mereka memilih lokasi tersebut adalah kerana cuaca dingin.

Selain itu, Uqasha memberitahu bahawa mereka sudah melakukan lebih 80 peratus persiapan mengenai majlis pernikahan mereka. Oleh sebab itu, pelbagai spekulasi mengenai majlis pernikahan pasangan tersebut telah timbul.

Rata-rata netizen mend4kwa majis pasangan ini akan berlangsung tidak lama lagi. Setakat ini, pihak Kamal Adli mahupun Uqasha masih belum memberitahu kepada media mengenai tarikh sebenar majlis pernikahan mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "Kamal Adli Dah Mula Fitting Baju Kahwin, Netizen Tak Sabar Nak Tahu Tarikh!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*