[Vide0] Walaupun Panas Dia Tetap Bersemangat, Itulah Perjuangan Seorang Ayah Mencari Rezeki Untuk Keluarganya

Jika kita rasa diri kita dalam kesusahan, percayalah bahawa masih ada insan lain yang jauh lebih susah dari kita. Setiap insan pasti menginginkan kehidupan yang selesa dan senang bukan, tetapi tidak semua mampu melakukannya dan diberi kehidupan begitu.

Demikian juga kehidupan yang dialami oleh seorang pak cik yang sebaya dengan ayah kebanyakan kita semua. Pak cik ini menjual daun pisang untuk menampung kehidupan seharian. Beliau menjual di sekitar Bataras.

 

Bila ditanya tentang hasil jualan, katanya jarang sekali daun pisang tersebut akan habis dijual, Kadang2 hasil jualan daun pisang itu hanya dapat sekitar RM10- RM15 sehari. Ianya adalah rutin harian, tetapi pak cik tersebut tidak pernah mengeluh dan bersedih kerana ia adalah sumber rezeki beliau dan keluarganya.

Perkongsian di laman aplikasi Tik Tok oleh seseorang yang dikenali sebagai @filty.care itu membuatkan ramai tersentuh hati. Disebabkan ingin menolong beliau, wanita tersebut telah memborong semua daun pisang tersebut dan memberi derma yang disumbangkan oleh mereka2 yang prihatin dengan nasib mereka yang memerlukan bantuan seperti pak cik tersebut.

Video:

@fitry.care

Beliu tak perna mengeluh Mencari rezeki untuk keluarga#peduli #tawau #sabah

♬ bunyi asal – Fitry.care – Fitry.care

Jika meninjau di ruangan komen pula ramai yang mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut yang baik hati menolong walaupun pak cik itu adalah insan yang tidak dikenalinya. Di Dunia ini masih ramai insan yang baik hati dan masih ramai juga yang mengajak insan lain untuk membuat kebaikan.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Tiktok, sinarviral

Be the first to comment on "[Vide0] Walaupun Panas Dia Tetap Bersemangat, Itulah Perjuangan Seorang Ayah Mencari Rezeki Untuk Keluarganya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*