Pemuda ini pelik dirinya dianggap menghiburkan warganet sehingga digelar ‘Anak Kiriman Heaven’ – “Keluarga pun cakap saya tak kelakar”

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

Begitulah kisah seorang remaja yang tiba-tiba menjadi fenomena di TikTok sehingga meraih lebih 160,000 pengikut dalam tempoh singkat.

Penangan populariti itu turut membolehkan Muhammad Al Imran Badaruddin, 20, meraih lebih 100,000 subscribers di platform YouTube.

Pelajar kulinari itu menggunakan platform YouTube untuk berkongsi video masakan.

Di media sosial miliknya, pemuda yang mesra disapa Imran itu sering tampil dengan video masakan, tak kurang juga video aksi tarian dan dialog bersahaja sehingga ramai yang terhibur melihat keletahnya.

Ketika dihubungi mStar, Imran yang juga pelajar bidang kulinari mengakui tertanya-tanya mengenai populariti yang diterima dan menganggap dirinya biasa-biasa sahaja.

“Pada mulanya saya fikir saya biasa saja. Tapi orang rasa saya ni kelakar. Keluarga pun cakap saya tak kelakar, mungkin sebab rutin harian kami, mereka dah terbiasa dengan saya.

“Setiap kali buat video, orang kata saya kelakar. Bagaimana dalam video, begitulah juga saya di luar. Disebabkan viral di TikTok, elok keluarga tak tahu apa saya buat dalam bilik, terus mereka dah tahu sekarang.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Selain content random, saya juga ada hasilkan video masak-masak,” ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.

Menurut Imran lagi, segalanya bermula dengan saluran YouTube yang didaftarkan pada Mac tahun lalu, namun ia tidak mendapat sambutan.

Paling terkesan bila ada orang cakap saya dapat pahala kerana menghiburkan netizen.

IMRAN

Bagaimanapun ia mula berubah selepas dia menyertai TikTok pada Julai lalu sehingga meraih populariti singkat di kedua-dua platform berkenaan.

“Ketika awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kolej tutup dan saya balik ke rumah. Ketika itu saya buat YouTube, tapi tak dapat sambutan. Ada dalam 132 subscribers sahaja.

“Pada Julai tahun ini, saya tengok kawan buat TikTok dan video dia blow up. Saya pun cuba main TikTok, tak sangka nama saya naik tiba-tiba.

“Disebabkan TikTok juga, YouTube saya naik sehingga dapat lebih 100,000 subscribers,” ujarnya yang menetap di Segamat, Johor.

Menurut Imran, dia sememangnya minat memasak sejak kecil lagi memandangkan ibunya mempunyai sebuah kedai makan.

Malah, dia juga bakal menjalani latihan industri di sebuah hotel di Melaka, pada bulan hadapan.

imran4

Imran tak sangka dirinya meraih populariti di TikTok dalam tempoh singkat.

Bercerita lanjut, Imran berkata dia terkejvt dengan penerimaan positif warga TikTok terhadap video yang dihasilkannya.

Tambah Imran, dia turut menerima rezeki tak disangka-sangka apabila ditawarkan membuat ulasan produk, namun ada alasan tersendiri untuk tidak menerimanya.

“Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak, kerana anda semua saya sampai ke tahap macam ni, sampai ‘meletvp’ macam ni. Tak sangka, saya hargai sangat-sangat.

“Ada juga yang minta reviu produk, tapi saya tak berani ambil sebab sibuk nak intern. InsyaAllah saya akan terima pada masa akan datang sebab ia pun satu rezeki, cuma bukan sekarang.

“Paling terkesan bila ada orang cakap saya dapat pahala kerana menghiburkan netizen. Ada juga yang persoal di mana kelakarnya saya? Saya pun tak tahu sama ada ia kecaman atau fakta?

imran2

Imran akan menjalani latihan industri di sebuah hotel di Melaka, tidak lama lagi.

“Tapi saya rasa ia pandangan masing-masing. Ada yang rasa saya kelakar, ada yang rasa sebaliknya,” ujarnya yang turut dikenali sebagai ‘Anak Kiriman Heaven’ di TikTok.

Selain video masakan, video dialog bersahaja memaparkan Imran bercakap dalam bahasa Korea turut mencuit hati netizen.

Ujarnya, dia terpengaruh dengan drama dari Korea Selatan kerana banyak masa terluang sejak PKP dilaksanakan.

Jelas Imran, dia cuba menghasilkan video sekerap mungkin, namun enggan terlalu gel0joh kerana bimbang ada yang jemu dengan dirinya.

“Biasanya YouTube saya post video dua kali seminggu. Di TikTok pula tak tentu. Kalau ada idea, saya akan post video tak kira masa.

“Cuma, kalau selalu buat video pun, orang akan jemu dan b0san. Tapi mungkin lepas ni video akan kurang sebab saya dah keluar rumah untuk intern. Mungkin akan jarang memasak selepas ini,” ujarnya mengakhiri bicara.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Pemuda ini pelik dirinya dianggap menghiburkan warganet sehingga digelar ‘Anak Kiriman Heaven’ – “Keluarga pun cakap saya tak kelakar”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*