Pentingkan pendidikan, Mawar Rashid hantar anak dua tahun ke tadika – “Usia itu bukan lagi kecil, dia dah mula belajar macam-macam”

Sama seperti ibu bapa yang lain, pelakon Mawar Rashid mengakui berasa bimb4ng untuk menghantar anak sulungnya ke tadika dikala p4ndem1k C0vldl9.

Namun perasaan itu hilang selepas Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memastikan keselamatan di tadika tersebut terjaga.

“Syukur anak saya dah mula masuk ke tadika semula… sejujurnya memang ris4u tapi saya memang akan pastikan keselamatan di tadika itu.

Mawar 1

Anak sulung Mawar teruja nak pergi tadika.

“Sebelum itu, saya ada bertanyakan pihak tadika macam mana keadaan dan mereka pun ikut SOP yang ditetapkan. Mereka pun tak campurkan ramai murid.

“Selain itu, saya akan pastikan dalam kelas tak ramai. Dalam satu kelas pun hanya ada dalam tiga orang budak sahaja dengan seorang cikgu,” katanya kepada mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐇𝐈𝐃 (@mawarashid)

Sebelum ini, Mawar ada berkongsi video anak lelakinya iaitu Raden Muhammad Rafael yang berusia dua tahun teruja untuk kembali ke tadika.

Saya percaya pendidikan untuk anak-anak sangat penting.

MAWAR RASHID

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon filem Bu, Kasih Suci ini memberitahu biarpun anak masih kecil namun baginya tidak salah untuk menghantar anaknya belajar pada usia baharu dua tahun.

“Bagi saya, usia dua tahun itu bukan lagi kecil sebab anak saya dah mula nak belajar macam-macam. Saya percaya pendidikan untuk anak-anak sangat penting.

“Sebab itu saya mula hantar dia ke tadika. Sebagai ibu bapa, tak ada rasa memb4zir pun hantar anak ke tadika walaupun baru berusia dua tahun.

Mawar 2

Mawar bersama suami dan anak-anak.

“Kalau belajar secara online itu berbeza… kalau pergi tadika, dia datang juga rasakan suasana di sekolah,” ujarnya.

Mawar berkahwin dengan Raf Yaakob pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua anak iaitu Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang berusia setahun.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 10, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 6.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Pentingkan pendidikan, Mawar Rashid hantar anak dua tahun ke tadika – “Usia itu bukan lagi kecil, dia dah mula belajar macam-macam”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*