‘Hari Ini Sepatutnya Ayash Affan Dil4hirkan Tapi Diganti Jadi Hari Pertama Medical Check Up Ayash Tanpa Ibu’

Pada 14 September lalu, suami kepada Allahy4rham Siti Sarah Raissuddin iaitu Shuib berkongsi khabar gembira apabila anak bongsunya, Ayash Affan sudah dibenarkan keluar dari h0spital selepas 39 hari dil4hirkan.

Menerusi perkongsian terbaru Shuib di Instagram, dia memaklumkan bahawa pada hari ini Ayash Affan akan menjalani pemeriksaan kesihatan di h0spital.

Berdasarkan perkongsian tersebut, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhamad memaklumkan pada hari ini bersamaan 30 September 2021 sepatutnya merupakan tarikh kel4hiran Ayash Affan. Menurut Shuib, tarikh tersebut merupakan tarikh yang dipilih oleh mereka sekeluarga selepas berbincang dengan doktor namun perancangan Allah SWT adalah jauh lebih baik.

Siapa sangka, rupa-rupanya tarikh tersebut diganti menjadi hari pertama anak bongsunya itu menjalani pemeriksaan kesihatan di h0spital.

Esok (hari ini) 30 September 2021, tarikh sepatutnya Ayash Affan dilahirkan. Tarikh yang kami pilih dan dah bincang dengan doktor. Tapi Allah Maha Mengetahui yang terbaik.

Esok (hari ini) 30 September 2021 diganti menjadi hari pertama medical check up Ayash Affan tanpa ibu. InsyaAllah sabarlah wahai hati. I love you sayang.

Terdahulu, Ayash selamat dilahirkan pada 6 Ogos lalu secara pembed4han selepas Allahy4rham Siti Sarah Raissuddin ditidurkan ak1bat C0vldl9 di h0spital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada 2011 dan mendapat empat cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq m@tin, 6 dan Ayash Affan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "‘Hari Ini Sepatutnya Ayash Affan Dil4hirkan Tapi Diganti Jadi Hari Pertama Medical Check Up Ayash Tanpa Ibu’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*