“Cinta sampai syurga, Tahniah..” – Nabil & Zira Naik Pelamin Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-10

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-10 bersama isteri tercinta, Zira Ayub secara langsung menerusi program MeleTOP semalam.

Menurut Nabil, dia bersyukur rumah tangga yang dibina bersama Zira bert.ahan sehingga ke hari ini walaupun banyak rintangan.

Menerusi laman sosial Instagram, Nabil turut berkongsi foto persandingan mereka di program MeleTOP untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah syukur dengan izin Allah, 10 tahun yang cemerlang, gemilang, terbilang terbalik tergoyang terhvyung h4yang terha.nyut tersalah termaaf terbuat lagi terbuta tercelik terbaik!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

“Kau maha baik ya Allah! Ya robb kau maha terbaik amin! Dosa kami terima amalan kami lorong kami dekat dengan Mu ya Allah. Amin amin ya rob. To infinity and beyond!” tulis Nabil di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu, kedua-dua mereka mengenakan busana pengantin berona putih dan duduk di atas pelamin ringkas di tengah pentas.

Majlis persandingan tersebut turut diserikan dengan nyanyian romantis oleh Lah Ahmad serta dihoskan oleh Elly Mazlein.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan tahniah serta doa agar perkahwinan Nabil dan Zira kekal hingga ke akhir hayat.

Komen netizen:

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 80,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 2011.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang zuriat perempuan, Naira Mikayla, 8, Layla Medyna, 5, dan Mishall Imani, 2 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Cinta sampai syurga, Tahniah..” – Nabil & Zira Naik Pelamin Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-10"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*