“Ingat Sudirman penyanyi tu” – Ramai Tak Tahu Rupanya Nama Piala Sudirman Asalnya Daripada Individu Ini

Hangat diperkatakan kini, Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021 yang memasuki edisi ke-17 sedang berlangsung di mana pasukan Malaysia baru saja mencapai kemenangan 3-2 ke atas England dalam aksi pembukaan semalam.

Menurut Utusan Online, hari ini skuad negara akan berdepan pasukan Mesir dalam Kumpulan D dan kemenangan ini akan mengesahkan pasukan kita ke suku akhir.

Pun begitu, bila kita sebut saja tentang Piala Sudirman ni, mesti akan teringat satu s0sok yang legend dalam industri hiburan.

Dia sudah pastinya Arw4h Sudirman Haji Arshad yang terkenal dengan lagu-lagu patriotiknya seperti Tanggal 31 Ogos. Tapi tahukah korang, nama Piala Sudirman ini sebenarnya tak ada kena mengena pun dengan Sudirman yang kita kenali tu? Aikkk… 

Asal nama Piala Sudirman 

Persoalan mengenai asal usul nama Piala Sudirman ini mula menjadi perhatian apabila Astro Arena katanya ada menerangkan sedikit mengenai latar belakang mengenai piala tersebut.

Rata-rata netizen dan mereka yang tidak mengetahui mengenai perkara tersebut agak terkejvt apabila mendapat tahu rupanya nama itu berasal dari nama pemain badminton Indonesia.

Menurut Kompas, nama kejuaraan Piala Sudirman ini telah diambil daripada tokoh badminton Indonesia, Dick Sudirman.

Dick Sudirman yang lahir di Permatang Siantar, Sumatera Utara pada 19 April 1922 ini juga merupakan bekas atlet negara seberang itu.

 

Sudirman ini adalah antara pemain badminton yang banyak berjasa kepada perkembangan permainan tersebut di negara Indonesia dan peringkat dunia.

Malah beliau juga katanya antara salah seorang pengasas kepada Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI) yang ditubuhkan pada 5 Mei 1951.

Sudirman men1ngg4l dvnia pada 10 Jun 1986 dan Piala Sudirman edisi pertama telah diadakan pada 1989 yang mana Jakarta telah menjadi tempat pertama ia diadakan. Kejohanan ini berlangsung setiap dua tahun sekali dan negara Ch1na menjadi negara dengan jumlah juara terbanyak iaitu 11 kali.

@yaayed

Bukan, bukannn. #sudirmancup2021 #indonesia #malaysia #tiktokguru

♬ its just a cigarette and it cannot be that bad – The 3 Car Lads!

“Dah agak dah mesti orang Malaysia ingat Sudirman penyanyi tu” 

Rata-rata netizen yang baru mengetahui mengenai hal tersebut mengakui agak terkeliru kerana nama Sudirman itu sangat sinonim dengan penyanyi lagenda negara kita.

Apa-apapun baguslah hari ini kita semua dapat satu ilmu baru kan?

 

Marilah kita sama-sama beri support dan mendoakan kejayaan team Malaysia di kejohanan ini. Mana tahu tahun ini kali pertama kita dapat membawa pulang Piala Sudirman kan? 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Ingat Sudirman penyanyi tu” – Ramai Tak Tahu Rupanya Nama Piala Sudirman Asalnya Daripada Individu Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*