Dilahirkan k4ki pendek, pemuda ini teruskan hidup bergerak guna skateboard walau selalu juga j4tuh terg0lek – “Teringin nak hiking…”

Tiada siapa yang ingin dilahirkan kvrang upaya, namun sebagai hamba-Nya kita tiada daya untuk membuat pilihan.

Sebagai manusia, apa yang mampu kita lakukan hanya belajar menyesuaikan diri serta berusaha untuk mengh4rungi apa jua dvgaan untuk meneruskan kehidupan.

Bagi Muhammad Shahril Roslan, 19, kekvrangan yang dialaminya tidak pernah menghalang dirinya daripada berhenti berusaha.

Shahril (kiri,duduk) bersama keluarganya.

Dilahirkan dengan tvbuh b4dan kecil serta k4kinya yang berpusing 180 darjah, keterb4tasan fiz1kal yang dialaminya tidak mengh4lang dirinya daripada menjalankan urusan harian seperti biasa.

Kecek4lannya dapat dilihat menerusi video Shahril berjalan menggunakan skateboard yang dikongsikan sahabat baiknya, Arif Amsyar Wajil, 19, yang tular di laman TikTok.

Berkongsi kisahnya dengan mStar, Shahril berkata, dia mula belajar menggunakan skateboard ketika berusia enam tahun.

“Sebenarnya bukan saya seorang dalam adik-beradik yang kelainan upaya, abang saya yang sulung pun sama sebiji macam saya dan daripada dialah saya belajar guna skateboard.

“K4ki saya dua-dua belah sama pendek, kalau saya nak menapak tu tapak kaki tak pijak lantai atau tanah sepenuhnya.

“Bila cuba berdiri saya punya tapak k4ki senget, sebab tu saya tak boleh berdiri, kalau p4ksa kaki saya akan s4kit,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut anak keempat daripada lima beradik ini hanya dia dan abang sulungnya yang dilahirkan sebagai kelainan upaya.

“Masa saya mula-mula belajar guna skateboard tu tak strvggle sangat sebab memang dari kecil sampai besar saya sentiasa cuba untuk hidup berdikari sendiri walaupun masa tu saya kongsi skateboard dengan abang.

“Bila dah 100 peratus mahir baru saya dapatkan skateboard saya sendiri,” katanya.

Menurut Shahril, walaupun sudah mahir menggunakan skateboard untuk membantunya berjalan, dia tidak terlepas daripada mengalami keced3raan ak1bat terj4tuh daripada papan luncur.

“Banyak kali terj4tuh, lagi-lagi kalau saya kayuh skateboard tu laju lepas tu tiba-tiba tayar ters4ndung batu atau lubang atas jalan, terus j4tuh tergolek.

“Tapi masa kecil dulu je masa main kejar-kejar dengan kawan, nak seronok sangat tau-tau dapat upah s4kit.

“Sekarang saya lebih berhati-hati,“ katanya.

Menurut Shahril, pergerakannya juga terbatas kepada aktiviti yang boleh dilakukan di atas jalan raya yang rata sahaja.

“Kalau sekolah dahulu berjalan memang guna skateboard, kalau naik tangga dekat sekolah macam dalam video tu la, tapi Alhamdullilah saya diberi kawan-kawan yang baik yang selalu bantu saya bergerak.

“Kalau kelas dekat tingkat atas, kawan-kawan memang akan bantu saya naik, mereka akan bawakan beg saya, skateboard saya dan bila naik tangga tu kalau meng4h sangat saya akan berhenti, kalau tak saya teruskan sahaja.

“Saya selalu cakap dekat diri saya, pen4t tu biasa kalau kita hendak menimba ilmu,” katanya, yang merancang untuk bekerja sebagai seorang operator di tempat penyimpanan kontena, iaitu di tempat yang sama dengan abangnya.

Shahril bersama rakan karibnya Arif sewaktu berada di tingkatan tiga di Sekolah Menengah Pasir Gudang 3.

Menurut Shahril, Arif merupakan antara sahabat karibnya yang banyak membantu dia bukan sahaja di sekolah tapi juga di luar waktu persekolahan.

“Kami satu kelas sejak tingkatan 2, lepas habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sambung STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) sama-sama dan satu kelas juga, tapi rezeki tak menyebelahi saya, lepas habis semester 1 saya berhenti belajar.

“Tapi dia selalu tolong saya kalau dekat sekolah lagi-lagi masa saya tingkatan 6 dengan dia, kami pergi sekolah naik motor sama-sama, dulu dialah yang ambil saya dekat rumah, bawa saya pergi sekolah.

“Dekat sekolah saya nak pergi tandas dia teman,” katanya yang menetap di Pasir Gudang, Johor.

Shahril dan Arif sering meluangkan masa bersama-sama.

Shahril berkata, antara aktiviti yang ingin dicuba adalah mendaki, namun dia akvr apabila keadaan fizikalnya tidak mengizinkan.

“Sed1h tu ada jugalah bila kita tengok kawan-kawan main bola ke hiking ke tapi saya tak dapat join.

“Cuma dah lama-lama ni saya dah tak rasa sed1h sebab kawan-kawan ada untuk gembirakan saya,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Berkongsi nasihat kepada mereka yang senasib dengannya, Shahril berkata, golongan kurang upaya perlulah berusaha sehabis baik untuk memastikan diri mendapat keputusan yang diinginkan.

“Kuatkan semangat lagi-lagi untuk kita menempuhi zaman C0vldl9 ini, teruskan usaha sebab kalau kita mahukan yang terbaik dalam hidup kita, kita kena buat yang terbaik.

“Pek4kkan telinga jika ada segelintir masyarakat yang memandang r3meh terhadap diri kita, kita tahu apa yang kita juga laksanakan apa yang orang normal boleh lakukan,” katanya.

Shahril dan Arif (di sebelahnya) mendaftar tingkatan enam di Sekolah Menengah Pasir Gudang.

Dia juga berharap agar masyarakat tidak melihat kec4catan yang dialami sebagai kekvrangan dan berharap agar golongan kurang upaya juga akan diberi layanan yang sama rata sepert orang lain.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Dilahirkan k4ki pendek, pemuda ini teruskan hidup bergerak guna skateboard walau selalu juga j4tuh terg0lek – “Teringin nak hiking…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*