Azlan Typewriter pat4h kaki kiri, tergelincir semasa ‘hiking’ di Semenyih – “Tanah licin, bukit pula menjunam… saya hilang imbangan”

M4lang tidak berbau… penyanyi Azlan Typewriter berdepan insiden mencemaskan apabila terjatuh hingga pat4h kaki kiri semasa menyertai aktiviti mendaki di sebuah bukit di Semenyih, Selangor pada Isnin.

Cerita Azlan atau nama sebenar Nor Azlan Rosle Sallehudin, 39, semasa kejadian dia bersama lima sahabatnya sedang menuruni bukit berkenaan, namun tanah licin menyebabkan kakinya terkeh3l hingga hilang imbangan.

Azlan pat4h pergelangan kaki kiri dan tul4ng belakang kaki.

“Kejadian berlaku dalam pvkul 1 tengah hari. Semasa itu saya dan rakan-rakan lain sedang turun dari bukit berkenaan… mungkin tanah di situ licin dengan bukit agak menjunam menyebabkan saya hilang imbangan lalu terjatuh sampai ke bawah.

“Memang kuat bunyi masa jatuh tu… terasa s4kit sungguh, tengok kaki dah bengkak dan saya syak tul4ng pat4h. Dalam keadaan kaki yang amat s4kit, saya gagahkan diri naik semula ke laluan pendakian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by azlanTypewriter (@azlantypewriters)

“Selepas itu saya terus di bawa ke h0spital Kajang. Doktor maklumkan terdapat tul4ng pat4h pada pergelangan kaki,” katanya kepada dihubungi mStar.

Sementara itu, penyanyi lagu Jangan Khi4nati Aku ini memberitahu dia berkemungkinan perlu menjalani pembed4han penyambungan tul4ng menggunakan implan bagi memulihkan kembali struktur tul4ng yang terjejas.

Nak betul-betul pulih mungkin ambil masa berbulan juga ni tapi benda dah nak jadi nak buat macam mana!

AZLAN TYPEWRITER

PENYANYI

Bagaimanapun, dia masih lagi memikirkan mengenai raw4tan itu memandangkan keadaan kakinya masih s4kit dan tidak boleh digerakkan seperti biasa.

“Doktor minta saya ke h0spital semula dalam masa terdekat. Doktor ada bagi cadangan lakukan pembed4han kecil pada bahagian tul4ng itu tapi sejujurnya kalau boleh saya tak mahu la… minta dijauhi sebab masih s4kit lagi ni.

azlan 1

Doktor maklumkan Azlan perlu berehat panjang sehingga tul4ng kakinya pulih.

“Sekarang ni makan ubat yang doktor beri sahaja dan rehat di rumah dulu. Nak betul-betul pulih mungkin ambil masa berbulan juga ni tapi benda dah nak jadi nak buat macam mana.

“Nasihat saya kepada mereka di luar sana yang suka aktiviti hiking… dalam keadaan cuaca tak menentu, hujan macam ni tak payahlah pergi hiking.

“Berhati-hati apabila buat aktiviti mencabar ini, silap langkah nanti boleh mendatangkan bahaya,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: mStar, sinarviral

Be the first to comment on "Azlan Typewriter pat4h kaki kiri, tergelincir semasa ‘hiking’ di Semenyih – “Tanah licin, bukit pula menjunam… saya hilang imbangan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*