Anak buat kemunculan khas 4 minit terakhir dalam tugasan deb4t live, macam mana nak hantar tugasan kepada pensyarah? – “S0rok bawah meja tak menjadi”

Cu4k! Begitulah situasi yang dialami seorang ibu ketika bersiaran langsung menerusi aplikasi Google Meet.

Manakan tidak, anak kecilnya secara tiba-tiba muncul ketika dia melakukan tugasan deb4t bersama rakan-rakan sekuliah.

Wanita berkenaan, Noor Amirah Zainol Amir berkata, ins1den berlaku ketika dia melakukan tugasan pendidikan jarak jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM), pada minggu lalu.

Mira dan suami dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Ibu muda berusia 25 tahun itu memberitahu, ketika kejadian sekitar pvkul 8 malam itu dia bersama empat rakannya diminta untuk melakukan tugasan deb4t bagi subjek Bahasa Inggeris.

“Sebelum debat bermula, saya dah pastikan anak perempuan berusia lapan bulan tidur di bilik ‘pejabat’ di rumah. Saya kemudian mengikuti deb4t yang dijalankan di bilik sama.

“Masa debat sedang berjalan, tiba-tiba anak bangun dari tidur. Dia mula mer4gam dan men4ngis. Saya cepat-cepat bangun pergi dapatkan anak,” katanya kepada mStar.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Mengulas lanjut, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentabidbiran Perniagaan yang lebih mesra disapa Mira itu berkata dia telah pun melakukan bahagiannya dalam sesi deb4t itu.

“Saya cuba pegang anak di tepi untuk pastikan dia tak masuk di skrin. Tiba-tiba anak bangun sampai nampak kepala. Agaknya seronok tengok muka dia di skrin laptop, anak bangun lagi.

“Cuba sor0k anak di bawah meja tak menjadi sebab dia dah boleh berdiri. Masa tu saya cuma mampu diam dan senyum,” ujarnya yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

anak video pjj 5

Mira (kanan) dan suami (kiri) mengikuti PJJ.

Mira berkata, suaminya yang berusia 26 tahun turut berada di rumah tetapi sedang menduduki peperiksaan bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam, juga di UUM.

“Suami saya pun sambung belajar dalam PJJ. Kebiasaannya bila suami ada di rumah dan saya ada kelas atau video online, dia akan tolong jagakan anak.

“Tapi secara kebetulan dia tengah jawab exam. Takkan nak panggil suami pula, nanti mengg4nggu pula. Sesi deb4t pula dirakam tanpa skrip, jadi kena teruskan juga.

Dalam hati berdoa janganlah anak bangun masa deb4t, tapi dia terbangun. Rakaman terp4ksa diteruskan, kalau repeat lagi susah.

NOOR AMIRAH ZAINOL AMIR

“Mujur saya dah habis presentation. Dalam sesi deb4t selama 20 minit keseluruhan tu, anak buat kemunculan semasa empat minit terakhir.

“Masa anak muncul dia di skrin pula, masing-masing tengah berhujah. Jadi, tak boleh nak edit,” katanya sambil menambah suaminya bekerja di sebuah syarikat swasta dan mereka mendirikan rumah tangga pada 2020.

anak video pjj 4

Melayan anak di bilik ‘pejabat’ di rumah.

Menurut suri rumah sepenuh masa itu, dia mengalami situasi yang tidak disangka-sangka ketika sesi perdebatan sedang berlangsung, di mana rakamannya akan dihantar kepada pensyarah.

“Dalam hati berdoa janganlah anak bangun masa deb4t, tapi dia terbangun. Rakaman terp4ksa diteruskan, kalau repeat lagi susah.

“Selepas habis sesi deb4t, saya cepat-cepat minta maaf pada rakan-rakan. Mujur mereka sporting dan faham situasi saya. Mereka pun sudah berkeluarga,” tambahnya.

Dalam pada itu, Mira mengakui cab4ran untuk mengendalikan anak kecil dan pada masa sama mengikut PJJ.

“Biasanya pvkul 12 tengah malam baru boleh buat assignment, selepas anak dah tidur. Bila difikirkan balik ins1den semasa deb4t tu memang kelakar.

“Saya punyalah struggle nak sorok anak bawah meja tapi tak menjadi, anak boleh pula buat kemunculan di saat akhir… bukan sekali, tetapi dua kali,” ujarnya secara berseloroh.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Anak buat kemunculan khas 4 minit terakhir dalam tugasan deb4t live, macam mana nak hantar tugasan kepada pensyarah? – “S0rok bawah meja tak menjadi”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*