Wah, ini bukan ‘nenek biasa’! Pakai jubah je, cucu segan maktok usia 74 tahun steady daki bukit – “Saya banyak berhenti, dia jalan terus saja”

OTAI masih berbisa!

Mungkin itulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan semangat wanita berusia 74 tahun ini apabila dia berjaya menjejakkan kaki ke puncak Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan pada Ahad lalu.

Menurut Haishah Hashram, 20, dia kagum dengan keg1gihan neneknya, Wan Zaharah Wan Ibrahim atau lebih mesra disapa maktok ketika mendaki bukit berkenaan bersama ahli keluarganya yang lain.

Haishah kagum dengan stamina neneknya ketika mendaki bukit Ahad lalu.

“Kami satu keluarga pergi hiking. Riadah satu keluarga bersama-sama. Sejak awal kami ajak maktok untuk hiking, dia memang setuju dan yakin.

“Maktok kata… rug1lah kalau tak naik (bukit). Ketika ke sana, maktok pakai jubah. Kami juga ada terjumpa kayu, kami beri kepada maktok sebagai tongkat.

“Itu merupakan kali pertama maktok hiking. Dia memang bersemangat. Kami pun banyak bagi semangat kepada maktok,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Haishah, pelajar bidang bisnes itu mengakui terkejut dan tidak sangka neneknya berjaya melengkapkan pendakian bersama ahli keluarga yang lain.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Malah katanya, stamina warga emas itu jauh lebih hebat berbanding dirinya yang masih muda.

“Rasa kagum, rasa terkejut pun ada. Maktok mendaki perlahan-lahan tapi dia tak berhenti langsung. Saya pula banyak berhenti. Dia jalan terus saja.

Ramai juga yang puji sebab maktok hiking pun menutup aurat dengan berjubah.

HAISHAH

“Sejujurnya memang sangat pen4t. Tak percaya maktok boleh sampai ke atas. Dia pun gembira bila kami tepuk-tepuk beri semangat.

“Rasa seg4n pun ada. Macam tak percaya dengan kehebatan maktok. Selepas turun mendaki bukit, kami pergi main aktiviti air, maktok pula hanya tidur di tikar picnic,” ujar anak pertama daripada dua beradik itu.

maktok2

Maktok manis berjubah ketika mendaki bukit.

Menurut Haishah yang tinggal berdekatan dengan kediaman neneknya di Wakaf Bharu, Kelantan, dia juga tak menyangka video memaparkan neneknya mendaki bukit akan tul4r di TikTok.

Jelasnya, rakaman yang dibuat oleh abangnya dikongsi secara suka-suka di TikTok namun tak menyangka ia meraih sehingga hampir setengah juta tontonan.

maktok3

Maktok bersama sebahagian anggota keluarganya.

“Agak terkejvt bila viral. Tapi saya seronok sebab ramai yang doakan maktok. Ramai juga yang puji sebab maktok hiking pun menutup aurat dengan berjubah.

“Maktok ni sebenarnya nenek belah ayah saya. Kami duduk berasingan tapi dekat-dekat. Dia seorang yang suka memb3bel, tapi sangat baik dan aktif… dia tak reti duduk diam,” ujar Haishah berseloroh.

Menurut Haishah, neneknya sebelum ini mengusahakan bisnes batik dan mempunyai sebuah premis jualan di Bazar Tok Guru, Kota Bharu.

Namun, perusahaan itu kini sudah diambil alih oleh anaknya.

Dalam pada itu kata Haishah, neneknya mengamalkan pemakanan jus pegaga untuk kesihatan tubuh badan sejak dulu lagi.

maktok4

Maktok sebelum ini pernah mengusahakan perniagaan batik.

“Maktok suka makan ulam-ulam dan budu. Maktok suka makan daun pegaga. Kadang-kala dia akan kis4r untuk dijadikan sebagai jus.

“Dia juga ada amalkan vitamin untuk tulang. Maktok ni memang aktif dan dia tiada peny4kit,” ded4h Haishah lagi.

Bukit Panau mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan dikatakan menjadi lokasi pahlawan Hang Tuah duduk bertapa, menuntut ilmu kebatinan, kerohanian dan ilmu persilatan untuk memperjuangkan kedaulatan negara.

Menurut laporan Sinar Harian, bukit yang terletak di sempadan Pasir Mas-Tanah Merah dan berketinggian 255 meter itu turut dikatakan pernah dijadikan sebagai petunjuk bagi pelaut antarabangsa kerana ia mudah diakses dari Laut Ch1na Selatan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Wah, ini bukan ‘nenek biasa’! Pakai jubah je, cucu segan maktok usia 74 tahun steady daki bukit – “Saya banyak berhenti, dia jalan terus saja”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*