Jururawat ‘feeling’ tarik bagasi di wad ‘sebiji’ macam nak pergi bercuti, hakikatnya baru habis syif – “Wad kini dah tak ceria macam dulu”

“NAK balik kampung ke cik misi?” itulah salah satu komen yang dilontarkan warganet apabila melihat video seorang jururawat menarik bagasi di h0spital.

Rakaman yang dimuat naik oleh wanita berkenaan memaparkan dia sedang menarik bagasi sambil dapat didengar audio pengumuman penerbangan di lapangan terbang.

Video tersebut setakat ini meraih sebanyak 133,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Video tersebut dirakam oleh rakannya, Faiqah (gambar kiri) sewaktu mereka sudah selesai syif.

Berkongsi cerita dengan mStar, Yulia Maidarlis Syamsul Bahari, 29, memberitahu bahawa bagasi tersebut adalah kepunyaan salah seorang pes4kit di wadnya yang merupakan bekas pes4kit C0vldl9.

Rakannya setugasnya, Nurul Faiqah Sulaiman, 30, merakam gelagatnya sewaktu dia mahu menyerahkan bagasi itu kepada ahli keluarganya.

“Sebenarnya, bagasi tu pes4kit wad saya punya sebab dia dipindahkan dari pusat kuar4ntin kerana keadaannya tak stabil. Bila dah duduk di h0spital ni, kami terp4ksa serahkan barang-barang lebihan yang dibawa waktu di pusat kuar4ntin tu kepada ahli keluarganya.

“Kami memang tak galakkan pes4kit bawa banyak barang ke h0spital. Bawa yang perlu sahaja, jadi hari tu yang tolong serahkan barang-barang kepada ahli keluarga pes4kit tersebut.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kebetulan pula masa tu saya dah habis syif, jadi idea tu datang secara spontan untuk tarik bagasi tersebut konon-konon macam dekat lapangan terbang nak pergi bercuti,” katanya yang bekerja sebagai jururawat terlatih di h0spital Melaka.

Mesra disapa Ayulia, dia berkata, walaupun pen4t dan sering sibvk menguruskan pes4kit, tidak bermakna para petugas perlu sentiasa menunjukkan wajah ser1us di wad.

Dia mengakui bahawa masyarakat sering mempunyai tanggapan bahawa jururawat adalah seorang yang g4rang, tetapi bukan kesemuanya berperwatakan sebegitu.

“Kawan saya yang rakam tu pun masa tu dah habis syif sama dengan saya. Mereka tahu saya ni jenis suka bergurau. Masa tu ada juga doktor, jururawat dan rakan setugas yang lain.

“Dipendekkan cerita memang dah biasa sangat bergurau di wad, kalau ada pelawat tengok pun saya okay je, sekurang-kurangnya dapat juga hiburkan mereka.

tgt

Ayulia sudah lama tidak bercuti bersama keluarganya.

“Kadang-kadang pes4kit yang berumur ni mereka str3s duduk di wad, jadi saya akan pasang lagu Hindustan dan menari bersama mereka.

“Memang perwatakan saya begitu walaupun orang selalu beranggapan nurse ni seorang yang g4rang, tapi tak semua macam tu,” katanya yang menetap bersama keluarganya di Bukit Beruang, Melaka.

Anak jati Melaka ini berkata, menjadi seorang jururawat ketika p4ndem1k ini sememangnya agak menc4bar kerana perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

Suasana di wad juga berbeza kerana waktu melawat amat terhad disebabkan C0vldl9.

“Memang mencabarlah tugas jururawat dalam keadaan p4ndem1k, kalau dulu sebelum C0vldl9 tak kena pakai PPE macam sekarang ni. Lepas tu kalau ada pes4kit collapse kita kena usaha untuk selamatkan ny4wa mereka.

“Waktu balik pun jadi semakin lambat, sebab kena bersihkan diri betul-betul sebelum pulang ke rumah. Kvlit semakin kering, muka berjerawat sebab kena pakai pelitup muka setiap masa.

Ini memang tugas kita dan ia perlu dilaksanakan dengan seikhlas hati.

YULIA MAIDARLIS SYAMSUL BAHRI

“Situasi di wad pun berbeza, kalau dulu keluarga datang melawat pes4kit dapatlah juga rasa keceriaannya. Tapi sekarang ni sunyi sepi sahaja,” ujarnya.

Tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, dia juga sudah lama tidak bercuti dek kerana tugasnya sebagai petugas barisan hadapan.

Bagaimanapun dia berharap rakan seperjuangannya tidak berpvtus asa dalam menangani w4bak C0vldl9.

“Saya sebenarnya kaki bercuti juga, memang str3s la bila lama dah tak bercuti disebabkan C0vldl9 ni. Kalau dapat cuti sekejap pun saya berjalan sekitar Melaka je la, ada juga berangan nak pergi melancong ke Indonesia.

tgrt

Ayulia berharap agar para petugas barisan hadapan jangan berpvtus asa dalam menangani w4bak C0vldl9.

“Saya harap para frontliners yang lain jangan berpvtus asa, kita sama-sama bantu kerajaan untuk menangani j4ngk1tan C0vldl9. Ini memang tugas kita dan ia perlu dilaksanakan dengan seikhlas hati.

“Semoga kita semua dapat kembali pulih dan hidup seperti biasa dalam keadaan norma baharu,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Jururawat ‘feeling’ tarik bagasi di wad ‘sebiji’ macam nak pergi bercuti, hakikatnya baru habis syif – “Wad kini dah tak ceria macam dulu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*