“Laju giler tekan kalkulator”- [Vide0] Ramai Ternganga Tengok Cara Pemuda Ini Kira Harga Makanan Pelanggan

Sebelum ini, ‘Mak cik kira laju’ pernah viral kerana kebolehan yang luar biasa kerana mampu mengira harga makanan tanpa melihat kalkulator.

Lebih kurang dengan kisah Mak cik itu, dalam perkongsian @aameworks di Tiktok, dia telah memuat naik video seorang pekerja kedai makan menunjukkan bakatnya dengan mengira harga makanan dengan laju menggunakan kalkulator.

Pemilik akaun Tiktok ini bersama rakannya telah memesan beberapa jenis hidangan di kedai makan itu. Antara menu yang dipesan adalah ek0r mayung, ikan caru, nasi, telur, ulam, dan beberapa jenis minuman. Banyaknya makan…

Selepas habis je makan, mereka telah memanggil seorang pekerja kedai itu untuk kira harga semua makanan tersebut. Tapi alangkah terkejutnya apabila mereka mendapati lelaki terbabit mengira dengan laju menggunakan kalkulator.

Video:

@aameworks

Reply to @ajoahehdjfvbc Ok ni video ori. #foodie #paritjawa #asampedas

♬ original sound – AAME – AAME

Yang lagi menarik, lelaki yang merupakan pekerja kedai makan yang terletak di Parit Jawa, Muar itu menggunakan sebuah kalkulator tanpa melihatnya.

Semuanya RM29″

Untuk mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan, dia menunjukkan kiraanya dengan meletakkan kalkulator atas meja.

Video yang dimuat naik semalam ini telah mendapat lebih daripada dua juta tontonan di Tiktok. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen sangat kagum dengan ‘tangan ajaib’ yang dimiliki pemuda itu.

Komen netizen:

Netizen juga sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa mereka nak pinjam tangan pemuda itu untuk digunakan semasa peperiksaan. Ada-ada je korang ni.

Bakat dia ni memang satu dalam sejuta, memang insan yang terpilih je mampu buat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Laju giler tekan kalkulator”- [Vide0] Ramai Ternganga Tengok Cara Pemuda Ini Kira Harga Makanan Pelanggan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*