Alyah seb4k terserempak individu mirip arw4h abang, syukur dapat ubat rindu – “Dar4h saya berderau, 85 peratus wajah hampir sama”

Selepas lima bulan abang sulungnya, Mohammad Fadzil Abu Hassan men1ngg4l dvnia, penyanyi Datin Alyah mengakui dia dan keluarganya sangat mer1ndui insan tersayang itu.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, 40 bagaimanapun berkata, r1ndunya terubat apabila secara kebetulan bertemu seorang individu yang memiliki raut wajah seperti Allahy4rham abang sulongnya.

Alyah turut menganggap pertemuan itu sebagai satu rezeki daripada Allah SWT.

“Semalam saya ada meeting di sebuah hotel terletak di Melaka. Ketika sampai di hotel, saya disambut oleh seorang kakitangan hotel yang mana gayanya saling tak tumpah seperti arw4h abang saya.

“Ketika itu saya tidaklah berkata apa-apa sebab semua orang memakai pelitup muka. Saya cuma lihat dari ketinggian dan gayanya sahaja.

“Tapi sehinggalah saya ternampak wajahnya ketika dia cuba membetulkan pelitup muka… masa itu dar4h saya terus berderau. 85 peratus wajahnya hampir sama dengan abang saya,” katanya kepada mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Terdahulu, Alyah memuat naik sekeping foto menerusi Intagram dan memberitahu individu yang bergambar dengannya itu memiliki wajah yang serupa dengan Allahy4rham abangnya yang telah men1ngg4l dvnia pada 17 Ramadan lalu.

“Ya Allah ya tuhanku… aku rindu abang aku… Kau maha baik ya Allah kau jumpakan aku dengan seorang yang lebih kurang sama wajahnya dengan arw4h abang long.

“Kejadian semalam semasa hadiri meeting di Melaka. Salah seorang staff di @lacristahotel Melaka mirip sangat wajah abang saya.

“Encik Saiful Bahri terima kasih ya. Terubat r1ndu saya pada arw4h abang saya,” katanya.

Gayanya juga saling tak tumpah seperti arw4h abang saya.

DATIN ALYAH

PENYANYI

Mengulas lanjut, Alyah berkata dia tidak dapat menahan air m4tanya ketika berbual dengan kakitangan hotel berkenaan.

“Selepas makan malam, saya mahu ke tingkat atas dan kakitangan hotel itu tolong tekankan butang lif. Ketika itulah saya ambil kesempatan menegvrnya.

“Saya beritahu wajah dia sama dengan arw4h abang saya dan ketika itu saya dah seb4k dan men4ngis. Dia pun mula-mula pelik dan minta maaf banyak kali pada saya sedangkan dia tak buat salah.

“Saya pun pada masa sama minta dia untuk ambil gambar bersama sebab nak tunjuk kepada keluarga. Semua yang kenal abang cakap memang sama, sampai mak saya pun men4ngis.

“Ini rezeki saya Allah beri sebab dia tahu saya sangat r1ndu abang, terubat juga r1ndu saya,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Alyah seb4k terserempak individu mirip arw4h abang, syukur dapat ubat rindu – “Dar4h saya berderau, 85 peratus wajah hampir sama”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*