Selepas Zul Ariffin, Remy Ishak Pula Tarik Diri ABPBH34 – ‘Peluang Harus Diberikan Kepada Mereka Yang Lebih Layak Untuk Bertanding’

Sebelum ini, aktor Zul Ariffin mengumumkan penarikan dirinya daripada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 bagi memberikan fokus kepada kerjanya dan produk seninya akan datang.

Bagi peluang kepada yang layak

Paling terbaru, pelakon Remy Ishak mengumumkan untuk menarik diri daripada anugerah berkenaan.

Menurut Remy, 39, pilihannya untuk tidak bertanding tahun ini bagi memberikan peluang kepada individu lain yang lebih layak.

Saya telah maklumkan kepada pihak penganjur untuk tidak dicalonkan dalam mana-mana kategori ABPBH34.

Memandangkan tahun lalu produk filem atau drama yang saya lakonkan kurang saya berpendapat, peluang ini harus diberikan kepada mereka yang lebih layak untuk bertanding.

Terima kasih sebab menyokong

Dalam pada itu, pelakon filem Sangkar turut mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur, Berita Harian dan peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang.

Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak penganjur dan peminat yang selama ini menyokong saya.

Sebelum ini, Remy pernah memenangi beberapa kategori dalam ABPBH antaranya Gandingan Serasi Drama Popular bersama Mira Filzah pada ABPBH ke-32, selain pernah memenangi Pelakon TV Lelaki Popular pada ABPBH24 dan ABPBH23.

Untuk ABPBH34, Remy tercalon dalam kategori Pelakon Drama Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "Selepas Zul Ariffin, Remy Ishak Pula Tarik Diri ABPBH34 – ‘Peluang Harus Diberikan Kepada Mereka Yang Lebih Layak Untuk Bertanding’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*