Suami bodyguard angkat mesin basuh macam kotak kosong, tapi isteri tetap ris4u! Paling ‘kesi4n’ tak sedar angkat hadiah sendiri bernilai RM6,000

Nampak macam kotak kosong je!

Begitulah gambaran netizen menerusi video di aplikasi Tiktok terhadap seorang suami yang mengangkat sebuah mesin basuh sambil menaiki tangga dari tingkat bawah kediaman ke tingkat atas.

Isteri kepada lelaki yang ‘gagah’ itu, Nur Hanim Mohd Razali berkata, rakaman dibuat sewaktu dia dan suami menerima mesin basuh baharu yang dibeli secara dalam talian di kediaman mereka berkonsepkan rumah bandar (townhouse) tiga tingkat di Skudai, Johor.

Hanim (kanan) bersama suami dan anak.

Wanita berusia 30 tahun itu memberitahu, dua pekerja penghantaran hanya membawa mesin basuh tersebut ke rumah mereka di aras satu.

“Rumah saya ni townhouse, jadi aras bawah ada rumah orang lain. Dua pekerja hantar ke rumah kami di aras satu.

“Kalau nak angkat ke bilik laundry di aras dua, ada caj perkhidmatan. Jadi suami kata tak apa, dia angkat sendiri dari aras satu ke aras dua,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Hanim, dia tidak menyangka suaminya yang juga berusia 30 tahun dapat mengangkat mesin basuh dengan 10 kilogram (kg) berat basuhan itu seorang diri.

“Barang sampai baru kami tahu ada ekstra caj hampir RM100 untuk dibawa ke tingkat atas. Suami yang kaki gim dah biasa angkat berat, jadi dia buatlah.

“Nampak berat sebab dua pekerja angkat berdua dari lori. Saya ada offer untuk tolong, tapi suami kata dia okay untuk angkat sendiri,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia setahun dan 10 bulan itu mengakui bimb4ng dengan keadaan suaminya memandangkan mesin basuh itu bukannya ringan.

“Ris4u juga kalau suami tergolek ke belakang masa bawa naik mesin basuh tu. Dengan ada tempat g4ntung beg antara tangga, dia redah je macam tak ada apa-apa.

“Lepas suami dah letak mesin basuh kat bilik laundry, saya tanya ada s4kit tak? Risau kalau s4kit belakang. Suami kata ‘okay je, abang kuat’,” tambahnya.

Menurut Hanim, suaminya yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi mula aktif bersenam di gim pada tahun ini untuk membina badan yang sebelum ini kvrus.

suami mesin basuh 5

Kejutan hadiah sempena hari ulang tahun suami ke-30.

“Dulu suami kurus, berat dia 56kg. Tapi kerjanya sebagai bodyguard kena b4dan nampak lebih fit, itu yang dia masuk gim dan sekarang berat dia 87kg,” ujarnya.

Disebabkan minat membina badan, suri rumah itu membuat kejutan dengan menghadiahkan set kelengkapan senaman angkat berat baru-baru ini sempena hari ulang tahun suaminya.

Birthday suami sebenarnya pada 29 Oktober, tapi saya buat kejutan awal dengan hadiah kira-kira 10 jenis peralatan yang dibeli secara online dan berasingan.

Lepas suami dah letak mesin basuh kat bilik laundry, saya tanya ada s4kit tak? Risau kalau s4kit belakang. Suami kata ‘okay je, abang kuat’

NUR HANIM MOHD RAZALI

“Sebelum ini suami begitu sibvk dengan kerja, hanya ada masa lapang ke gim selepas tengah malam. Lepas bersenam kira-kira sejam, sekitar pvkul1 pagi baru balik. Sekarang ni dah boleh gim di rumah,” katanya sambil menambah kos keseluruhan set tersebut berjumlah kira-kira RM6,000.

suami mesin basuh 6

Suami Hanim bersenam di rumah.

Hanim berkata, suaminya yang menjadikan ahli bina badan terkenal dari United Kingdom, Simeon Panda sebagai idola, membantunya mengangkat kesemua peralatan gim yang dibeli ke tingkat atas rumah.

“Nak buat surprise tapi saya minta suami tolong angkat masa barang-barang tu dihantar ke rumah. Saya kata itu barang-barang saya punya, order online.

“Kejutan tetap menjadi bila suami nampak kotak ada tulis dumbbell, tapi dia tertanya-tanya siapa punya sehingga saya beritahu semua tu untuk dia.

“Kejvtan tu nak hargai suami yang bukan saja boleh tolong angkat barang-barang berat di rumah, tapi dia juga rajin tolong buat kerja-kerja rumah, jaga anak. Memasak pun suami boleh, lagi pandai daripada saya… paling sedap masakan suami adalah ayam masak merah,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Suami bodyguard angkat mesin basuh macam kotak kosong, tapi isteri tetap ris4u! Paling ‘kesi4n’ tak sedar angkat hadiah sendiri bernilai RM6,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*