“Lahirlah Seorang Lagi Putera…” – Izreen Azminda Selamat Bers4lin Cahaya Mata Lelaki Pagi Tadi

Pelakon Izreen Azminda berkongsi berita gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata lelaki hari ini.

Perkara itu dikongsi Izreen menerusi akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Syukur Alhamdulillah, lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan mama dan baby,” coretnya.

Berdasarkan kapsyen yang ditulis, Izreen melahirkan anak ketiganya itu pada jam 9.06 pagi tadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by I.Z.R.E.E.N A.Z.M.I.N.D.A (@izreen.azminda)

Ruangan komen pula dipenuhi ucapan tahniah dan para pengikutnya juga bersyukur.

Izreen telah mendirikan rumah tangga bersama pemain muzik, Ude Wahid pada Ogos 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki sebelum ini, Aaron Ibrahim, 2.

Izreen juga pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhamad Riza dan dikurniakan cahaya mata, Muhamad Adrian Umar yang kini berusia 5 tahun.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Lahirlah Seorang Lagi Putera…” – Izreen Azminda Selamat Bers4lin Cahaya Mata Lelaki Pagi Tadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*