“Hadiah ini sangat bermakna untuk saya,” Fouziah Gous terh4ru terima senaskah al-Quran daripada suami

Pelakon dan juga pengacara Datin Fouziah Gous terh4ru dan gembira apabila menerima hadiah istimewa berupa senaskah al-Quran daripada suami tercinta, Datuk Zhafran Yusof sempena ulang tahun perkahwinan mereka hari ini.

Ujar Fouziah, dia menganggap pemberian al-Quran itu sebagai hadiah yang sangat istimewa kerana sudah lama menyimpan impian untuk dihadiahkan kitab suci itu daripada suami sendiri.

“Hadiah ini sangat bermakna untuk saya. Gembira tidak terkata. Sejujurnya jauh di lubvk hati saya, memang nak sangat hadiah al-Quran daripada awak,” tulisnya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Kata bekas pengacara Nona itu lagi, sebelum ini dia membaca al-Quran yang dihadiahkan oleh orang lain dan berharap supaya suatu hari nanti boleh membaca al-Quran yang dihadiahkan sendiri oleh suaminya.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fouziah Gous (@fouziahgous)

“Selalu baca al-Quran hadiah daripada orang lain. Setiap kali khatam, mesti teringin nak khatam al-Quran pemberian suami dan akhirnya tahun ini saya dapat apa yang saya mahukan,” katanya.

Biarpun tidak pernah memberitahu suami tentang keinginan tersebut, Fouziah, 39, suaminya seolah-olah memahami apa yang terdetik dalam hatinya dan bersyukur dengan pemberian hadiah tersebut.

“Terima kasih sayang. Bukan saya tidak hargai hadiah orang lain, tetapi saya betul-betul tersentuh hati dan sangat gembira,” katanya yang tidak sabar khatam al-Quran hadiah ulang tahun daripada suaminya itu.

Fouziah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Zhafran pada 21 September 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, Fouziah dan suami dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Zeeshan Yusof, 6 dan Zaheen Yusuf, 4. 

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "“Hadiah ini sangat bermakna untuk saya,” Fouziah Gous terh4ru terima senaskah al-Quran daripada suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*