“Bila dah faham bahasa kasih sayang suami, perkahwinan jadi bertambah indah” – Mia Ahmad

Pelakon berkaliber, Mia Ahmad menyifatkan dirinya kini lebih matang dalam soal perkahwinan terutama dalam memahami pasangan.

Kongsi Mia, sebelum ini dia mudah terasa h4ti lebih-lebih lagi suami tercintanya jarang mengungkapkan kata cinta kepadanya.

Bagaimanapun, pelakon drama popular Hati Perempuan itu berkata, dia kini lebih memahami rasa cinta dan kasih sayang yang dizahirkan si suami.

“Bila sudah faham bahasa kasih sayang dari suami ini, perkahwinan menjadi bertambah indah. Dulu jika suami tidak cakap ‘I love you’, rasa suami tidak sayang.

“Oleh hal demikian, kurangkan jangkaan. Bukan kita yang pegang hati suami. Doa, jangan banyak fikir.

“Doa juga semoga Allah menjauhkan kita dari m4khluk yang bernama sedih dan susah hati ini. InsyaAllah,” katanya di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, segelintir pengikutnya yang bergelar isteri memberi reaksi yang sama ketika dengan pasangan mereka sebelum ini.

Kemudian, rata-rata warganet menitipkan ucapan terima kasih kepada pelakon itu kerana memberi perkongsian yang berguna terutama kepada mereka yang bergelar isteri.

Sebagai informasi, Mia dan suaminya yang juga merupakan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Utusan

Be the first to comment on "“Bila dah faham bahasa kasih sayang suami, perkahwinan jadi bertambah indah” – Mia Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*