Bakatnya dipuji, wajahnya dikatakan iras Amyra Rosli… g4dis pemain dram ini hanya bermula dengan aplikasi dalam iPad ketika umur 13 tahun

Bakat muzik g4dis berusia 19 tahun ini sebagai pemain dram terserlah sejak dia di bangku sekolah lagi.

Kini, Nazihah Zairol Hisham banyak berkongsi video menerusi aplikasi TikTok sehingga dia meraih lebih 72,000 pengikut.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Zieha mended4hkan minat itu bermula dengan aplikasi muzik di peranti Apple iPad sahaja.

Minat terhadap muzik tercetus ketika dia menyertai sebuah band di sekolahnya suatu masa lalu.

“Saya main dram ketika umur 13 tahun. Ketika itu saya join band di sekolah. Awalnya main dalam iPad saja.

“Selepas banyak perform guna iPad dan mula buat persembahan di sekolah, saya minta ayah beli dram.

“Bila dah habis sekolah, saya sertai kelab muzik di universiti. Selain dram, saya juga boleh main gitar, ayah saya pun pandai main gitar,” ujarnya.

Menurut penuntut bidang Teknologi Maklumat di Universiti Teknologi Petronas (UTP) Seri Iskandar, Perak itu, dia tidak pernah mengikuti kelas secara formal sebaliknya belajar sendiri sahaja.

Malah katanya, persepsi bahawa instumen muzik itu banyak didominasi kaum lelaki tidak wajar menjadi isu kerana sesiapa sahaja berhak mempelajarinya.

“Saya self-taught, belajar dari YouTube saja. Kadang-kadang saya pun tak sangka boleh main dram.

“Saya cuma tengok di YouTube dan cuba ikut. Mula-mula tak menjadi juga. Ia sangat mencabar, kadang-kadang tak semua teknik saya boleh buat.

Video:

@zznzh7

Reply to @mrs.andi93 here you go! Thank you for the support on the last video everyone 🥺💖

♬ original sound – ziehaaaa – ziehaaaa

“Ada juga yang cakap hanya lelaki main dram. Tapi pada saya, kedua-dua gender boleh main dram. Benda ni boleh dipelajari,” ujarnya lagi.

Selain meraih ratusan ribu tontonan di TikTok, video yang dikongsi Zieha juga tak terlepas dengan komen krit1kan.

Namun kata Zieha, dia menganggap komen-komen yang menegvr tempo serta teknik permainan dram sebagai satu proses pembelajaran untuknya.

Ada juga yang komen bandingkan muka saya dengan Amyra Rosli.

ZIEHA

Selain komen berbentuk tegvran dan pujian kemahiran dia bermain muzik, ada segelintir netizen turut bercakap-cakap mengenai paras rupanya yang dikatakan sama dengan pelakon Amyra Rosli.

“Komen neg4tif pun ada juga. Ada orang kata tempo saya tak kena, ada yang cakap saya kena belajar lagi. Ada juga yang kata saya main dram tak bersungguh-sungguh.

“Saya juga masih belajar dan bukan pemain dram profesional. Semua teguran itu saya ambil dengan hati terbuka.

“Ramai juga yang komen dan mesej mengenai harga dram, cara nak belajar dan sebagainya. Ada juga yang komen bandingkan muka saya dengan Amyra Rosli,” ujarnya lagi.

zihea3

Zieha (dua dari kanan) bersama rakan-rakannya.

Menurut Zieha, dia sebelum ini banyak berkongsi video bermain dram di Instagram dan mula beralih ke TikTok sejak tahun lalu.

Dia bersyukur dengan penerimaan ramai dan mengakui terkejut mendapat sambutan luar biasa di platform itu.

“Dulu sekadar post di Instagram. Kemudian bila dah p4ndem1k C0vldl9, ramai orang mula main TikTok. Jadi saya pun cuba juga.

“Mula-mula tak ramai view, kemudian saya cuba buat lagu-lagu trending, terus viral. Saya pun tak sangka ramai yang akan tengok video saya.

“Jika ada rezeki, saya juga nak beraksi di pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) dan iringi mana-mana persembahan artis,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Bakatnya dipuji, wajahnya dikatakan iras Amyra Rosli… g4dis pemain dram ini hanya bermula dengan aplikasi dalam iPad ketika umur 13 tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*