Comelnya Ayash Affan! Shuib siap sedia bawa pulang ke rumah – “Tangan, jari… sebiji tangan ibu!”

Syukur… itu luahan pelawak Shuib Sepahtu apabila anak pramatangnya iaitu Ayash Affan yang lebih sebulan dip4ntau di h0spital akhirnya dibenarkan pulang ke rumah pada Selasa.

Kata Shuib atau Shahmira Muhamad, jika arw4h Siti Sarah masih ada ia tentunya menjadi hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran Allahy4rham yang ke-36 pada Rabu.

Selain berita gembira tentang kepulangan Ayash, pelawak berusia 37 tahun itu turut berkongsi foto bahagian tangan bayi berusia satu bulan lapan hari itu.

shuib bapa

Shuib sudah sediakan katil untuk anak bongsunya.

“Syukur Ya Allah, esok hari lahir ibu (15 September). Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini. Insya-Allah sekejap lagi dah boleh balik dah.

“Allahuakbar… tangan, jari sebiji tangan ibu. Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini.

“Terima kasih semua. Syukur Ya Allah di atas rahmatMu,” katanya menerusi Instagram pada Selasa.

Menerusi perkongsian itu juga, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa syukur serta teruja.

Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini.

SHUIB

PELAWAK

Pada Isnin, Shuib diberi peluang buat pertama kali bertemu dengan anaknya yang berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Shuib berkata, berat badan anaknya itu sudah mencecah 2.6 kilogram dan kuat menyvsu.

“Ayash sihat berat sudah 2.6 kilogram, menyusu kuat dan comel sangat. Muka macam daddy la ibu. Memang istimewa sangat hadiah daripada ibu. Allahuakbar.

“I wish you are here sayang… I love you” tulis Shuib.

Shuib akan menjaga anak-anak seperti mana arwah isterinya mahukan.

Shuib bersama anak-anak.

Siti Sarah menghembuskan naf4s terakhir pada pvkul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akib4t c0vldl9.

Allahy4rham menjalani pembed4han bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Selain Ayash, Allahy4rham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq m4tin, 6.

Untuk rekod, Shuib dan arw4h Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: mStar, mediamalaysia

Be the first to comment on "Comelnya Ayash Affan! Shuib siap sedia bawa pulang ke rumah – “Tangan, jari… sebiji tangan ibu!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*