[Vide0] Penonton jadi ‘hero’ sambut kucing terj4tuh dari tingkat atas stadium

 Seekor kucing yang tergel1ncir dari tingkat atas sebuah stadium menarik perhatian ramai selepas terj4tuh di atas kain bendera bersaiz besar yang dipegang beberapa penonton di Miami, Amerika Syarikat (AS).

Kucing itu tidak mengalami sebarang keced3raan selepas haiwan itu terlebih dahulu bergayut pada wayar yang terletak pada dinding tingkat atas stadium untuk menyelamatkan diri.

Sejumlah penonton yang menyedari haiwan itu sedang bergayut kemudian merakamkan video mengenai kejadian berkenaan.

Seorang penonton pula dilihat menghulurkan sebelah tangannya sebagai usaha untuk mencapai kaki kucing itu tetapi dia g4gal berbuat demikian.

Video:

Haiwan itu juga dilihat cuba untuk mengelak daripada terj4tuh namun kaki kirinya kemudian melepaskan pautan pada wayar berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa penonton yang berada di bahagian bawah stadium itu bersiap sedia menyambutnya dengan memegang bendera AS bersaiz besar untuk menyelamatkan kucing berkenaan.

Kucing itu akhirnya j4tuh di atas bendera berkenaan dan seorang lelaki kemudian memegang haiwan berkenaan untuk ditunjukkan kepada para penonton bahawa ia masih lagi hidup.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "[Vide0] Penonton jadi ‘hero’ sambut kucing terj4tuh dari tingkat atas stadium"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*