Tak kaya nak belikan tanaman kayang4n, anak bawa ibu cabvt pokok keladi dalam sem4k demi tambah koleksi – “Belum pernah jadi benda tak el0k”

Setiap individu pasti ada hobi mereka yang sendiri. Begitu juga dengan seorang wanita yang sanggup mered4h sem4k memetik anak pokok hanya kerana mahu menambah koleksi tanamannya.

Rakaman yang dimuat naik oleh anaknya memaparkan ibunya itu sedang melintas jalan raya selepas selesai memetik pokok daun keladi di tepi sem4k.

Video tersebut setakat ini meraih hampir 460,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Faa (kiri) membawa ibunya bersama-sama ketika menghantar barang kepada pelanggan untuk mencari pokok daun keladi.

Bercerita lebih lanjut kepada mStar, Nur Fatin Shuhaira Rosland, 29, berkata dia dan ibunya Norisah Razali, 47, keluar bersama pada Sabtu dan salah satu tujuannya memang untuk mencari pokok keladi yang tumbuh di tepi jalan.

Selepas mata meli4r melihat pokok-pokok di tepi jalan, ibunya terlihat pokok tersebut di tepi jalan sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke rumah dari menghantar barang pelanggannya di Chalok, Terengganu.

“Kejadian ni berlaku semalam waktu saya nak COD barang dan mummy kata nak ikut sebab nak cari pokok daun keladi untuk tambah dalam koleksi dia.

“Koleksi pokok dia tu bukanlah yang mahal-mahal, semuanya pokok keladi kampung. Saya pun ajaklah mummy ikut sekali, dia bawa sekali baldi dan penggembur tanah masuk dalam kereta.

Video:

@faa_teyn

Balas kepada @user9049421637140 kisah bersambung lagi🤣

♬ original sound – rarawrs – rara

 

“Sepanjang perjalanan saya nak COD barang tu, mummy memang buka tingkap untuk melihat dan mencari pokok daun keladi. Tiba sahaja di sebuah tempat yang ada selekoh ni, mummy menj3rit suruh saya berhenti sebab dia ternampak pokok daun keladi.

“Dia punya excited tu macam orang dapat emas berkilo-kilo. Ye la, orang kata biasanya bila dapat benda mahal je baru gembira tapi mummy tak macam tu. Kalau terjumpa benda yang paling dia minat itu pun sudah mampu untuk membuatkan mummy gembira,” katanya yang menetap bersama keluarganya di Kampung Bari Besar Setiu, Terengganu.

Menurut ibu kepada dua anak ini, ramai yang meninggalkan komen bimbang sekiranya ada yang ‘ikut pulang’ ke rumah kerana sesuka hati memetik pokok di tepi semak.

Namun jelasnya, ibunya selalu memberi salam dan membaca doa serta meminta izin sebelum mengambil apa-apa tumbuhan di kawasan yang tidak bertuan.

“Memang ramai yang komen tanya sama ada kami t4kut atau tidak jika ada benda yang ikut balik. Sebenarnya pokok yang dipetik tu bukanlah betul-betul di dalam hutan, cuma ia berada di kawasan sem4k tepi jalan.

“Mummy pun tak adalah redah macam tu je, dia memang akan beri salam dan baca doa sebelum cabut pokok tersebut. Alhamdulillah, belum ada lagilah benda-benda tidak elok yang terjadi.

ghhg

Norisah mula menanam pokok sejak PKP tahun lalu.

“Sebenarnya bercvcuk tanam ni merupakan bakat terpendam mummy, sebab sebelum ni dia berniaga nasi bajet di depan UMT dan tiada masa untuk hobi sebegini. Tetapi sejak PKP awal tahun lepas, waktu itu dia dah mula tak dapat nak berniaga dan saya pun tak bagi mummy keluar kerana bilangan k3s semakin meningkat.

“Dari situlah mummy mulakan hobi dia menanam pokok, siap ada group dengan kawan sekolah lamanya untuk berkongsi minat yang sama. Biasalah, dalam tu mereka tunjuk mini garden dan tanaman pokok masing-masing,” katanya yang mempunyai bisnes menjual produk kosmetik secara online sejak 10 tahun lalu.

Lebih mesra disapa Faa, dia berkata, kebanyakan pokok yang ditanam oleh ibunya hanyalah pokok-pokok yang dikutip dari tepi jalan sahaja.

Namun ada juga pelanggan dan rakan-rakan yang memberi pokok percuma kepada ibunya untuk dijadikan koleksi tanaman sewaktu Faa menghnatar barang di rumah mereka.

“Pokok-pokok mummy ni bukanlah yang kategori kayangan, semuanya pokok keladi kampung kutip tepi jalan je. Pokok yang dia pernah beli sebelum ni pun ialah pokok ati-ati, sebab waktu tu memang tengah viral.

“Tapi mummy beli yang RM5 je, selepas daripada itu kebanyakannya orang bagi. Nak beli yang harga mahal tu kena berfikir panjang sebab mummy ni ibu tunggal, jadi tak boleh la nak berbelanja sesuka hati.

“Kadang-kadang kalau saya pergi COD ke rumah kawan atau customer yang ada pokok cantik tu pernah jugalah minta nak beli pada mereka. Tapi selalunya mereka akan bagi secara percuma sahaja untuk dikirimkan kepada mummy, memang rezeki dialah.

Tak semestinya kena tunggu kita kaya raya baru boleh bahagiakan ibu bapa.

NUR FATIN SHUHAURA

“Mummy akan mula bercvcuk tanam pada waktu awal pagi dan petang, sebelum orang lain bangun lagi dia dah bersiap dengan pasu bunga serta tanah. Buat masa ni ada la beberapa jenis pokok di laman rumah kami seperti pokok bunga ros, ati-ati dan daun keladi.

“Ia seperti sudah menjadi terapi untuk mummy bila dapat meluangkan masa menanam pokok di rumah,” ujarnya.

Sebagai seorang anak, Faa dan adik beradiknya yang lain berasa bertanggungjawab untuk membahagiakan ibu mereka tidak kiralah dari segi apa sekali pun.

Apa yang penting katanya, anak-anak sepatutnya berusaha sehabis baik untuk menggembirakan kedua ibu bapa selagi mereka masih lagi ada.

“Selagi ada mak ayah dan jika mereka mempunyai apa-apa hobi tu, sokonglah la selagi mampu. Kalau boleh ikut dan teman mereka untuk buat benda macam ni untuk gembirakan mereka tu buatlah.

hggh

Faa (dua, kanan) cuba sedaya upaya untuk membahagiakan ibunya.

“Tak semestinya kena tunggu kita kaya raya baru boleh bahagiakan ibu bapa. Sebab kalau ada duit pun belum tentu dapat menjaminkan kebahagiaan, macam saya sendiri pun bukannya orang yang senang.

“Tapi bagi saya duit itu nombor dua, yang penting kita usaha dahulu bagaimana nak gembirakan keluarga sendiri,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Tak kaya nak belikan tanaman kayang4n, anak bawa ibu cabvt pokok keladi dalam sem4k demi tambah koleksi – “Belum pernah jadi benda tak el0k”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*