Rezeki… selepas 21 tahun mencari, anak akhirnya dapat pelvk lelaki bergelar bapa – “Kami borak di telefon tiga minit je, ayah ajak jumpa”

Rakaman pertemuan di antara seorang anak dan bapa yang telah 21 tahun terpisah mendapat perhatian ramai di TikTok.

Video yang dimuat naik oleh si anak mengimbau kembali detik pertemuan dengan bapa kandungnya yang dicari selama ini.

Perkongsian tersebut meraih hampir 80,000 tontonan di platfom berkenaan.

Ayein (kiri) tidak pernah melihat wajah bapanya.

Berkongsi cerita kepada mStar, Nur Azreen Shamsul Bahri, 21, berkata, dia dan kakaknya, Zainurrah, 23, terpisah dengan bapa kandung mereka sejak kecil lagi.

Jelasnya, mereka terpisah kerana ibunya Ros Fariza Ngamin, 46, berc3rai dengan bapanya, Shamsul Bahri Mohamed, 56, pada tahun 2001 dan sejak itulah mereka terpvtus hubungan.

“Kami dua beradik, saya ada seorang kakak. Tetapi sejak ibu dengan ayah berc3rai, dari situlah bermula kami semua l0st contact dengan ayah.

“Masa tu saya berumur lapan bulan dan kakak pula berusia dua tahun. Ibu nikah lain pada tahun 2004, jadi kami berdua tinggal dengan ibu dan ayah tiri.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya tak pernah tengok muka ayah, gambar pun tak ada. Hanya kakak je yang pernah tengok ayah dan masih ingat muka dia.

“Dulu pernah cari ayah tapi tak ada rezeki lagi nak jumpa sebab waktu tu tak senang nak viral macam sekarang ni,” ujarnya yang berasal dari Bagan Datuk, Perak dan kini menetap di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Lebih mesra disapa Ayein, dia berkata, pelbagai usaha mencari bapa kandungnya telah dilakukan namun tiada satu pun yang berhasil.

Bagaimanapun, ia berubah apabila Ayein berjaya mendapatkan nombor telefon ibu tirinya yang merupakan rakan Facebook kepada salah seorang anak saudara bapanya.

“Selama ni memang ada cari ayah, cuma rezeki tak menyebelahi kami adik-beradik. Memang tak pvtus asa mencari, kami ‘trace’ IC dia di JPN dan Alhamdulillah dah update alamat baru.

IMG_8131

Ayien (kiri) dibesarkan oleh ibunya selepas mereka berp1sah.

“Tetapi lagi sekali rezeki tak menyebelahi kami, ayah dah pindah rumah. Nasib baiklah kami dapat bantuan anak buah ayah yang tolong dapatkan nombor telefon isteri barunya, Alhamdulillah dah dapat berjumpa semula.

“Kami men4ngis bila dapat telefon dan dengar suara ayah… langsung tak sangka setelah 21 tahun terpisah. Ayah terkejvt bila dapat tahu anak-anak dia call, kami berborak dalam tiga minit je sebab ayah ajak jumpa keesokan harinya, biar puas bercerita di rumahnya,” ujarnya.

Bercerita lanjut, Ayien mengakui pada mulanya berasa sedikit kek0k kerana tidak pernah mendapat kasih sayang seorang bapa, namun berasa sangat gembira apabila akhirnya dapat disatukan semula dengan bapa kandungnya.

Dalam pertemuan yang telah diaturkan pada Rabu lalu itu, bapanya turut mengalirkan air m4ta dan memelvk kedua-dua anaknya sejurus selepas mereka memasuki rumah yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur.

“Perasaan bila dapat jumpa dengan ayah tu gembira sangat sebab dapat pelvk bapa kandung sendiri. Usaha saya dan kakak tak sia-sia selama ni.

“Ayah men4ngis dan pelvk kami berdua kuat sangat selepas dah masuk rumah, selama ni dia cuma tengok gambar kami masa kami kecil je. Dia sangat gembira sebab dapat jumpa dua anak perempuannya yang sudah lama terpisah.

“Kakak tak kek0k pun bila dengan dia, sebab dulu pernah sekejap dapat kasih sayang ayah. Cuma saya je la yang terasa kek0k sebab saya tak pernah jumpa mahupun lihat gambar ayah, tapi lepas tu okay je kami bergurau.

Dulu pernah juga terfikir andai ayah dah takda, dapat tengok kvbur pun dah okay.

NUR AZREEN SHAMSUL BAHRI

“Ayah dulu pernah cakap dekat anak-anak dia (dengan isteri baharu) yang mereka ada kakak, tapi kakak duduk jauh. Sekarang dah dapat jumpa kakaknya, mereka gembira sangat dan memanggil saya ‘kakak’.

“Ibu cakap Alhamdulillah dah jumpa, dia tumpang gembira kalau anak-anaknya gembira,” katanya yang telah dua tahun bekerja sebagai seorang guru taska di Salak Selatan, Kuala Lumpur.

Menurut anak kedua daripada lima beradik ini, dia tidak sangka diberi peluang untuk bertemu semula dengan bapa kandungnya setelah 21 tahun terpisah.

Malah, Ayein bersyukur kerana kedua-dua belah keluarga masih boleh menerima antara satu sama lain.

“Memang tak pernah jangka langsung dapat jumpa ayah. Saya bersyukur kerana semuanya okay, kedua-dua belah pihak boleh terima antara satu sama lain.

IMG_8128

Ayien (kanan) bersyukur kerana kedua-dua belah pihak keluarga dapat menerima antara satu sama lain

“Dulu pernah juga terfikir andai ayah dah tak ada, dapat tengok kvbur pun dah okay. Tetapi siapa tahu perancangan Allah tu indah kan?

“Bila dah sampai masa tu, kami anak beranak dipertemukan semula. Jangan berputus asa untuk cari kebahagiaan yang hilang, InsyaAllah sampai masa Allah tu akan temukan kalian dengan kebahagiaan yang dicari selama ini.

“Saya doakan kepada sesiapa yang masih mencari keluarga kandung akan dipermudahkan segala urusan mereka,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Rezeki… selepas 21 tahun mencari, anak akhirnya dapat pelvk lelaki bergelar bapa – “Kami borak di telefon tiga minit je, ayah ajak jumpa”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*