Kelihatan Bersama Nabil Ahmad Dengan Berjubah, Anuar Zain Sertai Tabligh? – ‘Siap Belanja Lagu Lelaki Ini Sambil Tuang Teh Tarik’

Sejak akhir-akhir ini, ramai selebriti yang mulai berhijrah ke arah kebaikan dengan mengikuti d4kwah tabligh. Antaranya adalah Aliff Aziz, Saharul Ridzwan, Zul Ariffin, Norman Hakim dan Zahiril Adzim.

Sertai dakwah dengan Nabil

Terbaru, penyanyi Anuar Zain kelihatan mula mendekati kumpulan d4kwah itu bersama pengacara dan pelawak Nabil Ahmad. Menerusi perkongsian di TikTok @nadrosli831 memaparkan Anuar memakai jubah berwarna biru bersama kopiah.

Dalam rakaman tersebut, pemilik nama Shahrul Anuar Zain sedang menuangkan air teh tarik kepada Nabil dan beberapa orang jemaah lain.

Video:

@nadrosli831

#fyp #dakwahtabligh #artishijrah

♬ bunyi asal – nadrosli – nadrosli

Belanja lagu Lelaki Ini

Sambil berborak santai, Anuar sempat melayan permintaan jemaah lain untuk mendendangkan sebuah lagu. Adik kepada penyanyi, Ziana Zain ini memilih lagu Lelaki Ini sambil tersenyum.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat penyanyi berusia 51 tahun ini turut gembira melihat penghijrahan yang dilakukan. Dalam pada itu, wargamaya mendoakan agar selebriti-selebriti ini kekal beristiqamah dalam menuju ke jalan Allah.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Ohbulan

Be the first to comment on "Kelihatan Bersama Nabil Ahmad Dengan Berjubah, Anuar Zain Sertai Tabligh? – ‘Siap Belanja Lagu Lelaki Ini Sambil Tuang Teh Tarik’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*