G4ra-g4ra buat donat cubaan ke-3 menjadi macam air tang4n TokMa, tiba-tiba anak pula sent4p – “Pernah men4ngis sebab tak jadi”

Donat dan kanak-kanak sememangnya tidak dapat dipisahkan, sering kali menjadi makanan kegemaran kerana kemanisannya.

Di sebalik keenakkan donat, terpapar telatah comel seorang daripada tiga beradik yang dirakamkan ketika menikm4ti makanan pencuci mulut itu bersama dua adiknya.

“Kakak, donat ni gemvk macam kita,” kata si abang kepada salah seorang adik perempuannya, sebelum didengari ibu mereka yang berada di dapur dan mentertawakannya.

Anak sulung (kanan) dan anak kedua Syakila.

“Tak naklah makan donat umi,” katanya yang mer4juk sambil meletakkan kembali donat berkenaan di atas piring, yang kemudian disahut adiknya menolak piring berkenaan.

Ibu berkenaan, Nurul Syakila Rusly berkata, rakaman membabitkan anak lelakinya, Muhammad Anaqi Fulzian Muhammad Azrol berusia lima tahun, bersama dua anak perempuannya, Nur Zea Amanda dan Nur Zara Amani yang masing-masing berusia dua dan lapan bulan.

“Anak yang sulung sebenarnya jarang sent4p. Sebab dia sendiri tahu dia dan adik-adiknya gemvk. Sebab itu dalam video dia kata gemvk macam dia dan adik.

“Dia merajvk tu bukan sebab saya ketawakan dia gemvk, tapi saya gelak dapat kenakan dia. Sebelum ini dia tengok gambar kahwin saya dan suami yang digantung di dinding di ruang tamu, dia tanya kenapa dalam gambar ni umi kvrus, kenapa sekarang gemvk.

“Saya gelakkan dia sebab dia sendiri buat kelakar mengaku diri sendiri gemvk macam donat, tapi tak sangka dia yang mer4juk. Dia mer4juk kejap je,” katanya kepada mStar.

Video:

@chadadidu

Hari tu dia cakap ummie. Hari ummie gelakkan awok! 🤣🤣🤣

♬ original sound – Nurul Syakila – Nurul Syakila

Sebagai ibu, Syakila yang berusia 30 tahun menjelaskan bahawa dia mendidik anak-anaknya untuk sentiasa berfikiran positif dalam apa juga keadaan.

“Dulu anak sulung saya tanya kenapa kvlit dia gelap sedangkan kvlit saya cerah. Dari dulu saya ajar dia walaupun kvlit gelap, tapi handsome… gemvk tapi awesome.

“Jangan tunjuk pada anak yang gemvk itu satu keburukan. Masa kanak-kanak inilah dia nak enjoy, pada satu tahap kita ajar dia supaya lebih matang menerima keadaan diri secara positif,” katanya.

donat gemuk 5

Tiga beradik dengan gelagat masing-masing.

Mengenai donat, jururawat itu memberitahu, anak-anaknya menyukai manisan itu terutama hasil tangan nenek mereka yang menetap di Rawang, Selangor.

“Kebiasaannya saya bawa anak-anak jumpa TokMa iaitu ibu saya hampir setiap minggu, dan sekurang-kurangnya dua kali mereka dapat rasa donat yang TokMa buat.

Masa PKP awal tahun lalu, saya sekeluarga terk4ndas di rumah ibu mentua di Jengka, Pahang selama dua bulan sebab tak boleh rentas negeri. Lebih dua bulan anak-anak menangis tak dapat donat TokMa

NURUL SYAKILA RUSLY

“Tapi masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) awal tahun lalu, saya sekeluarga terk4ndas di rumah ibu mentua di Jengka, Pahang selama dua bulan sebab tak boleh rentas negeri. Lebih dua bulan anak-anak menangis tak dapat donat TokMa,” katanya yang menetap di Bukit Beruntung, Selangor.

Susulan itu, kata Syakila dia belajar membuat donat mengikut resipi ibunya yang merupakan tukang masak, sambil menambah percubaan ketiga akhirnya memenuhi citarasa anak-anak.

donat gemuk 7

Syakila (berdiri) gembira selepas donat yang dibuatnya akhirnya menjadi kesukaan anak-anak.

“Saya cuba buat masa PKP tahun lepas, tapi tak menjadi. Anak men4ngis minta donat, saya pun men4ngis sekali sebab buat tak jadi.

“Kali kedua, saya buat masa kami sekeluarga kuar4ntin di rumah baru-baru ini, anak tak cakap apa-apa tapi dia makan. Kali tetiga saya buat, anak kata sedap. Itu yang saya excited nak buat video call nak tunjuk kat TokMa dia.

“Dah 10 kali video call tapi TokMa tak jawab. Jadi saya rakam video dulu. Kalau sebelum ini saya menangis sebab buat donat tak jadi, sekarang happy sangat sebab anak-anak dah suka,” ujarnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "G4ra-g4ra buat donat cubaan ke-3 menjadi macam air tang4n TokMa, tiba-tiba anak pula sent4p – “Pernah men4ngis sebab tak jadi”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*