Suami Beri Masa 10 Minit Untuk Sampai Ke Parking Atau Ditingg4lkan, Gelagat Si Isteri Bikin Dekah

Sebut sahaja berjalan ke pusat beli belah, kami yakin orang yang paling seronok pastilah kaum wanita. Sebesar mana pusat beli yang dikunjungi, pasti mereka mampu untuk melakukan pusingan ‘tawaf’ walaupun sekadar mencuci mata.

Yang menjadi ‘m4ngsa’ pastilah si suami bukan? Namun sebab dah terbiasa atau demi menjaga hati insan tersayang, ramai yang akan melayan kerenah mereka walhal kaki sebenarnya sudahpun kepen4tan.

Namun situasi sedikit berbeza buat seorang pengguna TikTok, apabila dia sengaja melakukan ‘pr4nk’ dengan kepada isterinya ewaktu mereka mengunjungi sebuah pusat beli belah di Nilai.

Bagi tempoh 10 minit atau kena tinggal

Difahahamkan mereka sebelum itu sudahpun berkunjung ke sebuah pusat beli belah di daerah lain.

Namun untuk pusat beli belah kedua ini dia hanya memberikan tempoh selama 10 minit kepada si isteri untuk membeli barangan yang diperlukan dan berpatah balik ke kereta atau ditinggalkan disana.

“Saya cakap tak sampai 10 minit kat parkir tinggal. Saja je nak ken4kan dia. Dari Aeon Nilai, singgah Aeon Seremban entah apa lagi la dia cari “

Namun apa yang mencvri tumpuan netizen adalah gelagat si isteri selepas menerima ‘ugvtan’ tersebut.

Sempat berhenti tengok barang sebelum sambung berlari

Mungkin risau ditinggalkan, wanita tersebut dipercayai menuju ke kereta. Namun sebaik lalu di sebuah kedai beg tangan, dia secara tiba-tiba berhenti untuk mencuci mata sebelum menyambung lariannya.

Video:

Berjaya beli handbag tersebut

Namun menerusi ruangan kapsyen, lelaki tersebut menjelaskan isterinya telah kembali membeli belah selepas mengetahui ugvtan tersebut hanyalah satu guraun. Malah pada ruangan komen dia memaklumkan wanita berkenaan sudah berjaya membeli handbag yang menarik perhatiannya itu.

“Dia semua sempat, kalau nak tahu lepas tahu kena pr4nk dia pergi beli gak beg tu” tulis pengguna TikTok tersebut.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian netizen. Ramai yang terhibur dengan gelagat si isteri sewaktu dia berhenti hanya untuk mencuci mata.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: BuzzKini, motifviral.dnqj

Be the first to comment on "Suami Beri Masa 10 Minit Untuk Sampai Ke Parking Atau Ditingg4lkan, Gelagat Si Isteri Bikin Dekah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*