Guru Sejarah berdebar setiap kali PdPR, ibarat tunggu jodoh… apa dah jadi sampai kena pasang lagu Korea? – Viral | mStar

Lu4han seorang guru di aplikasi TikTok mengenai pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) menimbulkan tanda tanya apabila ia dikaitkan dengan soal jodoh.

“Debaran menunggu berapa ramai anak-anak masuk GM (Google Meet) tu seumpama debaran menunggu jodoh cia cia,” menurut keterangan video yang memaparkan dirinya sedang menongkat dagu di hadapan aplikasi itu menerusi skrin komputer riba.

Guru berkenaan, Hendry Sailabbi memberitahu, video yang dikongsikannya itu bagi menggambarkan situasinya menunggu kehadiran para pelajar untuk menyertai PdPR.

Hendry (atas, kiri) bersama sebahagian pelajarnya ketika sesi PdPR.

Pemuda berusia 30 tahun itu berkata, kebiasaannya pautan atau link Google Meet diberikan lebih awal, namun tetap berdepan ‘tempoh menunggu’ sehingga 20 minit untuk kehadiran mereka.

“Sebagai guru, rasa berdeb4r menunggu pelajar-pelajar masuk kelas online. Sebab kehadiran akan turun naik terutama pada waktu tengah hari dan petang.

“Gambaran untuk mengadakan PdPR sama juga macam jodoh. Apa yang kita rancang, tapi lain pula yang jadi,” katanya kepada mStar.

Video:

@angkol_ery

Semoga semua guru di Malaysia ini terus kuat meneruskan tanggungjawab 🤲🏻…#sabahan

♬ original sound – Muhd Razmansyah – Muhd Razmansyah

Hendry yang merupakan guru di sebuah sekolah menengah di Lahad Datu berkata, dia sentiasa berfikiran positif, dan mengamalkan beberapa tip untuk menambah baik sesi PdPR.

“Saya kena sentiasa berfikiran positif. Tip pertama, saya ikut waktu yang mereka suka. Mungkin pelajar tak berminat masuk kelas online pagi, jadi saya memberikan kerja sekolah dan latihan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Saya tanya majoriti dalam kelas. Kebanyakan mereka memilih waktu malam, jadi saya ikut request mereka dengan mengajar sebelah malam,” ujarnya yang berasal dari Tawau.

pdpr vs jodoh 3

Hendry bertugas di Lahad Datu.

Berpengalaman dalam bidang perguruan selama lima tahun, katanya, tip kedua adalah guru-guru tidak seharusnya bersikap terlalu serius ketika mengendalikan sedi PdPR.

“Jika guru hanya fokus mengajar, pelajar-pelajar dalam kelas online akan cepat b0san, Jadi interaksi jangan terlalu serius, mengajar kena kelakar dan sentiasa mood yang happy.

Mengadakan PdPR sama juga macam jodoh. Apa yang kita rancang, tapi lain pula yang jadi. Saya kena sentiasa berfikiran positif

HENDRY SAILABBI

“Tip ketiga adalah menggunakan alat rangsangan yang menarik perhatian, seperti aplikasi yang canggih dan menarik, serta diselitkan dengan elemen hiburan seperti berkongsi video-video lucu daripada YouTube dan TikTok ketika sesi rehat untuk bersantai sekejap.

“Tip keempat pula iaitu yang paling penting adalah menjadi bapa tiri yang baik untuk mereka walaupun hakikatnya masih stres menunggu jodoh,” katanya sambil menambah dia turut memasang lagu-lagu Korea seperti daripada penyanyi dan bintang Running Man, Kim Jong Kook ketika menunggu kehadiran pelajar sebelum kelas dimulakan.

pdpr vs jodoh 4

Berkongsi tip untuk menarik perhatian pelajar mengikuti sesi PdPR.

Dalam pada itu, guru Sejarah itu turut mended4hkan dirinya juga masih bujang apabila hubungan yang terjalin selama empat tahun sebelum ini terputus di tengah jalan.

“Patutnya rancang kahwin pada 2018, tapi tak ada jodoh. Realitinya memang stres diajukan soalan sudah ada kerjaya tapi bila nak kahwin? Selagi belum bertemu jodoh, masih berdebar-debar.

“Paling stres bila pelajar sendiri tanya. Budak-budak ni mindset lain, bila kita tak kahwin dikata cikgu tak laku. Sampaikan ada pelajar-pelajar nak kenalkan saya dengan kakak mereka,” ujarnya.

pdpr vs jodoh 2

Hendry mahu calon isteri yang menerima dirinya seadanya.

Hendry berkata, empat tip yang diamalkan untuk sesi PdPR yang lebih baik juga menggunakan pendekatan yang sama untuk mengenali seseorang untuk dijadikan calon isteri.

“Sekarang ramai wanita berkerjaya, kita kena tahu bila masa yang dia suka dan selesa untuk mesej, call atau jumpa. Kebanyakan wanita tak suka lelaki yang serius, mereka suka yang kelakar.

“Tarik perhatian kena pandai mengambil hati, menggunakan ayat manis. Kalau PdPR kena jadi bapa tiri yang baik, untuk jodoh kena belajar jadi ‘abang’ yang baik untuk pasangan.

“Saya tak cer3wet pasal calon isteri, apa yang penting adalah dia terima saya seadanya. Kalau boleh, dia kena suka makan sebab saya ni suka masak,” ujarnya secara berseloroh.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Guru Sejarah berdebar setiap kali PdPR, ibarat tunggu jodoh… apa dah jadi sampai kena pasang lagu Korea? – Viral | mStar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*