Anugerah Bintang Popular Akan Berlangsung Tidak Lama Lagi, Zul Ariffin Umum Sesuatu Yg Mengejvtkan Ramai

Aktor terkenal, Zul Ariffin mengumumkan pengunduran dirinya daripada sebarang pencalonan menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 yang dijangka berlangsung pada 13 November depan.

Pengumuman mengenai penarikan dirinya daripada anugerah tersebut dikongsi menerusi satu hantaran Instagram hari ini.

“Kepada semua peminat yang sentiasa menyokon kerjaya saya, Alhmdulillah.

“Di sini saya nak maklum dan umumkan bahawa saya sudah menarik diri daripada semua pencalonan di ABPBH34 serta sudah menghubungi pihak penganjur,” kata pemilik nama lengkap Zulkifli Ariffin itu.

Dalam pada itu, dia yang pernah membintangi drama membintangi drama Love, Elsa itu menjelaskan tindakannya itu bukan atas sebab ingin bersara dari dunia hiburan.

“Jangan risau, saya tidak bersara dari dunia lakonan, hijrah atau apa pun.

“Buat masa sekarang saya hanya ingin menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Saya juga bersedia untuk panaskan enjin (lakonan). Banyak yang akan datang,” jelasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Aktor filem Sangkar itu turut menitipkan doa buat semua selebriti tanah air yang tercalon dalam anugerah tersebut.

“Kepada semua calon, saya ucapkan selamat berjaya dan buat para peminat yang disayangi, dapat rehat yang cukup,” ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon. berusia 34 tahun itu tidak mendedahkan sebarang alasan lanjut berkaitan pengundurannya daripada anugerah tersebut.

Untuk rekod, Zul pernah memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pasangan Serasi (Filem) bersama Nur Fazura pada ABPBH31.

Baru-baru ini, aktor kegil4an ramai wanita itu mencvri perhatian apabila dilihat kerap bertemu dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Perubahan sikap aktor bertubuh kekar itu difahamkan ada kaitan mas4lah kemvrungan yang dihidapi imp4k situasi p4ndem1k C0vldl9 yang melanda negara ketika ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "Anugerah Bintang Popular Akan Berlangsung Tidak Lama Lagi, Zul Ariffin Umum Sesuatu Yg Mengejvtkan Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*