“Dulu tengok muka dia, tak s4nggup nak terima” – Ibu anggap anak s1ndr0m d0wn anugerah terindah, video keletah comel raih jutaan tontonan

Video keletah anak syurga yang berusia setahun tiga bulan ini sering dikongsi oleh ibunya menerusi aplikasi TikTok.

Selain telah mengumpul hampir 200,000 pengikut, video-video mereka turut meraih jutaan tontonan di platform berkenaan.

Menurut Azmanina Azihan atau Chibby, 23, anaknya yang diberi nama Nur Ariana Hessa Nor Azlan dilahirkan pada 6 Jun tahun lalu.

Hessa kini berusia setahun tiga bulan.

Imbas Chibby, dia menerima perkhabaran bahawa bayi sulungnya itu mengh1dap s1ndr0m d0wn ketika kandvngan berusia tujuh bulan.

Biarpun suk4r menerima hakikat pada awalnya, Chibby red4 dengan ketentuan takdir dan menganggap si comel yang mesra disapa Hessa itu sebagai anugerah terindah dalam hidupnya.

“Saya dapat tahu ketika dia masih dalam pervt. Saya buat imbasan lima dimensi (5D) ketika kandungan berusia tujuh bulan. Masa tu kami dapat lihat dia ada simptom s1ndr0m d0wn, j4ntungnya juga ada mas4lah.

“Suami banyak bagi kata-kata semangat pada saya pada waktu itu. Ketika dil4hirkan, doktor sekali lagi maklumkan kepada kami bahawa Hessa mengh1dap s1ndr0m d0wn. Masa tu saya tak boleh terima, tapi nak tak nak kena terima.

Video:

@yawchibbyy

hessa teman mommy live baju tidur dekat ig malam ni kalau aunty2 nk tgk baju2 apa yg ada follow ig mommy okay? 👉🏻Yawchibbyyy 👈🏻 #fypシ #TakdirSuci

♬ original sound – 🦜🎼°π€w_Ju.🦀 – 🪐🎼°Juaπ.🦀

“Bila tengok muka dia, autom4tik jadi tak s4nggup untuk tak terima dia. Selepas kelahiran Hesa, Alhamdulillah rezeki tak pvtus datang. Hessa pun senang jaga. Dia seorang anak yang ceria dan susah menangis.

“Masa Hessa lahir, ada tiga lubang pada j4ntungnya. Alhamdulillah, masa habis berp4ntang, kami pergi check semua dah tertutup sendiri. J4ntung dia dah OK,” ujarnya kepada mStar.

Anak-anak tak minta dil4hirkan begitu. Kita kena terima, anak merupakan pembawa rezeki.

CHIBBY

Bercerita lanjut, Chibby bersyukur apabila dia meraih banyak sokongan netizen sejak berkongsi video keletah anaknya menerusi TikTok.

Selain itu, ramai ibu muda termasuklah yang mempunyai anak s1ndr0m d0wn turut menghantar mesej dan bertanya pelbagai soalan kepadanya.

Dalam pada itu kata Chibby, dia turut berdepan situasi yang mana ada segelintir individu yang ‘bercakap-cakap’ mengenai keadaan anaknya itu.

chibby1

Chibby bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

“Di TikTok, ramai yang mesej minta pendapat dan kata-kata semangat dengan saya kerana mereka tengok saya positif membesarkan Hessa.

“Pesanan saya kepada ibu-ibu di luar sana, anak-anak tak minta dilahirkan begitu. Kita kena terima, anak merupakan pembawa rezeki. Abaikan saja mulut orang meng4ta, mereka tak alami sendiri.

“Awal-awal dulu ada yang cari p4sal, sekarang makin berkurang. Saya tak tahu sekiranya mereka tak takut kalau kata-kata tu berbalik semula kepada mereka,” ujarnya lagi.

Berkongsi khabar gembira, Chibby kini sedang h4mil tujuh bulan dan bakal menerima cahaya mata kedua tidak lama lagi.

chibby3

Video pasangan ibu dan anak ini sering tular di TikTok.

Bercerita mengenai dirinya, Chibby sudah empat tahun menjalankan perniagaan pakaian.

Ujarnya, dia tiada mas4lah menguruskan anak dan bisnes serentak serta berharap ibu di luar sana juga mampu melakukan perkara yang sama.

“Saya dah empat tahun jual baju, sejak belum kahwin lagi. Dari bujang sehinggalah dah ada anak. Memang susah nak handle dua-dua. Tapi kita kena cari duit lebih pada musim p4ndem1k.

“Alhamdulillah, masih ada permintaan walaupun C0vldl9 sedang mel4nda. Kalau ada ibu-ibu yang nak buat bisnes, anak bukan alasan. Ia merupakan kehendak sendiri. Yang penting kena pandai urus,” ujarnya yang turut memiliki saluran YouTube sendiri.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Dulu tengok muka dia, tak s4nggup nak terima” – Ibu anggap anak s1ndr0m d0wn anugerah terindah, video keletah comel raih jutaan tontonan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*