“Boleh cakap Korea la”- Pelajar Malaysia Interview Kumpulan TWICE Dalam Live Shopee 9.9 Buat Malaysia Bangga

Siapa yang aktif di Twitter, pasti korang akan kenal dengan g4dis yang kecil molek iaitu Sabrina Azhar yang pernah viral dulu selepas dia pernah terp4lit dengan isu kontr0versi ‘Blackp1g’. Dia yang kini belajar di Korea Selatan sering berkongsi tentang kehidupannya sebagai pelajar di sana.

Semalam, Shopee telah membuat siaran langsung di beberapa sosial media termasuklah Youtube sempena jualan 9.9 mereka. Tapi apa yang membanggakan satu Malaysia, g4dis yang berasal dari Subang Jaya itu telah menjadi host untuk program terbabit. Bangganya jadi anak Malaysia!

“TWICE pun ada!”

Sabrina yang fasih berbahasa Korea itu telah mendapat tawaran daripada Shopee untuk menjadi host rancangan tersebut. Dalam temubual tersebut, Sabrina telah menemu ramah kumpulan K-pop yang terkenal di seluruh dunia iaitu kumpulan TWICE.

Sabrina kelihatan tidak kek0k dan santai semasa menemu bual kumpulan itu. Hal ini kerana dia sebelum ini pernah viral dalam channel Youtube dari Korea yang diberi nama Blimey yang memaparkan dia berkenalan dengan ‘oppa’ Korea.

Pada 9 September 2021 semalam, pihak Shopee telah mengadakan jualan besar-besaran dengan memberi harga yang sangat murah pada beberapa barang di aplikasi mereka. Beberapa baucher diskaun juga diberikan pada pengguna tetap Shopee.

Video:

@bae95liner

i adore sabrina for her studies so much and now she’s interviewing twice??? I wanna be her so bad 😫 #트와이스 #kpopfyp

♬ jealousy, jealousy – Olivia Rodrigo

“Ciri2 wanita idaman”

Video temu bual itu telah mendapat perhatian netizen dan telah viral di media sosial yang lain. @bae95liner juga telah berkongsi video terbabit di akaun Tiktok miliknya. Rata-rata netizen kagum dengan Sabrina kerana dia telah mengukir nama di seluruh dunia. Dah la cantik, pandai, talented, memang perfect la.

Dengan menjadi figura yang lengkap, Sabrina kini menjadi inspirasi kepada golongan muda di Malaysia untuk terus mengejar impian dan tidak mengalah.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Boleh cakap Korea la”- Pelajar Malaysia Interview Kumpulan TWICE Dalam Live Shopee 9.9 Buat Malaysia Bangga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*