Ada yang kata suaranya unik, ada juga anggap ‘biasa je’… remaja Malaysia ini punya ‘sesuatu’ sehingga kumpul ramai pengikut Indonesia

Enggan mempersiakan peluang yang ada, pelajar berusia 19 tahun ini menggunakan platform TikTok untuk memperkenalkan bakat suaranya.

Ternyata, percaturan Amir Zaki Misri menjadi, apabila dia kini mengumpul hampir 300,000 pengikut di aplikasi itu dan lebih 80,000 subscribers di YouTube.

Bercerita kepada mStar, pelajar bidang perbankan itu mended4hkan minatnya terhadap muzik sudah bercambah sejak zaman sekolah lagi.

Selain TikTok, Amir juga berkongsi video nyanyiannya di YouTube.

Malah katanya, minat itu semakin berkembang selepas dia mempelajari dua instrumen muzik iaitu keyboard dan ukulele.

“Saya mula menyanyi secara suka-suka pada umur 11 atau 12 tahun. Masa zaman sekolah pun sangat jarang saya buat persembahan.

“Masa sekolah menengah, saya belajar asas muzik dengan seorang saudara saya. Mula-mula mak ayah beli ukulele, kemudiannya saya beli keyboard ketika umur 18 tahun.

“Saya mula berkongsi video cover nyanyian di Instagram ketika berusia 14 tahun. Kemudian saya hasilkan YouTube pada Jun tahun lepas dan sekarang menyanyi di TikTok pula,” ujarnya.

Mesra disapa Amir, penuntut Universiti Tekonologi Mara (UiTM) Segamat, Johor itu bersyukur apabila ramai yang menghargai bakat nyanyiannya.

Selain Malaysia, Amir berkata dia cukup teruja apabila meraih ramai pengikut baharu dari negara Indonesia.

Video:

@amerzzack

Dengan mu aku bahagia #karenakamucumasatu#fypindonesia#sing#fypシ

♬ original sound – zzack🍁 – zzack🍁

“Sebenarnya saya baru sahaja mula buat cover di TikTok pada bulan Mei. Saya rasa terh4ru dan tak sangka dapat sambutan macam ni.

“Disebabkan TikTok juga, YouTube saya naik sehingga 88,000 subscribers. Kebetulan saya banyak nyanyi lagu Indonesia, saya dapat ramai audiens dari sana.

“50 peratus pengikut saya dari Indonesia. Ia membuatkan saya lagi bersemangat untuk berkarya. Saya juga memasang impian untuk perform di Indonesia,” ujar anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Mereka kata suara saya tak kena dengan lagu, ada yang cakap suara saya biasa saja.

AMIR

Selain pujian, Amir berkata dia tak terlepas menerima krit1kan, namun menganggap ia sebagai pemb4kar semangat untuk dirinya melangkah lebih jauh pada masa akan datang.

Malah katanya, dia terharu apabila ada yang memberi komen dan menganggap dia sebagai seorang penyanyi yang memiliki suara unik.

“Ada juga komen neg4tif. Mereka kata suara saya tak kena dengan lagu, ada yang cakap suara saya biasa saja.

“Tapi itu pandangan masing-masing. Saya fikir positif saja. Saya berterima kasih kepada semua dari Indonesia dan Malaysia yang memberikan sokongan.

“Terima kasih kerana nampak dan hargai bakat saya,” ujarnya lagi.

amir2

Amir merupakan pelajar dalam bidang Perbankan.

Biarpun kini mengikuti pengajian bidang perbankan, Amir berkata dia tak menolak rezeki seandainya berpeluang bergelar penyanyi.

Menjadikan Fynn Jamal sebagai rujukan, Amir juga ada mencipta lagu sendiri yang digarap berdasarkan pengalamannya serta penceritaan orang lain.

Untuk rekod, Amir setakat ini mempunyai 11 lagu ciptaan sendiri dan berharap dia dapat menghasilkan lebih banyak karya pada masa akan datang.

Antara cover Amir yang mencuri tumpuan di TikTok tentunya lagu Karena Kamu Cuma Satu nyanyian band Indonesia, Naif, lagu Kenangan Terindah (Samsons) dan Menjaga Hati (Yovie dan Nuno).

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: mstar

Be the first to comment on "Ada yang kata suaranya unik, ada juga anggap ‘biasa je’… remaja Malaysia ini punya ‘sesuatu’ sehingga kumpul ramai pengikut Indonesia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*