Untung isteri pemuda ini! Bukan setakat siap beli rumah sebelum nikah, deko pun buat seorang diri je

Menyediakan tempat tinggal untuk isteri merupakan salah satu daripada kewajipan seorang suami.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, lelaki ini bukan sahaja sudah menyediakan keperluan yang satu ini, malah dia sendiri menghias dan mendekorasi rumah yang bakal didiami bersama pasangannya kelak.

“Alhamdulillah hasil lima hari. Kita buat kejutan untuk bakal isteri. Harap korang simpan rahsia ni sikit je lagi untuk menunggu kehadiran dia,” demikian tulisnya pada perkongsian berkenaan.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik di TikTok, lelaki ini berkongsi idea dekorasinya sehingga meraih ratusan ribu jumlah tontonan selain turut dibanjiri komen netizen yang memuji usahanya.

kejutan baru 4

“Bagusnya mindset lelaki macam ni. Boleh jadikan contoh.

“Ini baru betul ikut Islam. Prepare elok-elok untuk jalankan tanggungjawab,” demikian antara komen netizen.

Berkongsi cerita dengan mStar, Amirul Izman berkata mengikut perancangan asal, dia sememangnya mahu melakukan kejutan buat bakal isterinya apabila mereka selamat diijab kabul pada 20 September ini.

“Sebenarnya sebelum ini saya dah pernah beritahu dia, nanti biar saya yang buat dekorasi rumah. Dia tak ada masalah dan serahkan kepada saya bab-bab deko ni.

kejutan baru 2

“Dah sebulan plan ada dalam kepala, gambar-gambar dekorasi yang saya rujuk dekat laman-laman deko pun dah save dalam telefon bimbit. Jadi bila dapat masuk rumah, terus laksanakan saja.

“Kebetulan masa rumah kami dah boleh masuk, saya pula terpaksa jalani kuarantin. Jadi masa sorang-sorang tu saya buat ‘kerja’. Kebanyakan barang pula order dari Shopee…. bila barang sampai, terus cat, pasang perabot dan deko,” ujar pemuda berusia 29 tahun ini.

Menurut Amirul yang menjalankan bisnes kafeteria untuk kantin sekolah, dia sememangnya mempunyai asas dan serba sedikit pengalaman dalam bidang hiasan dalaman sebelum ini.

Kemahiran tersebut kemudian diterjemahkan untuk menghias kediaman jenis teres dua tingkat yang baru dimiliki.

kejutan baru 3

“Saya memilih konsep ala-ala Boho dari segi perabot, hiasan dan warna cat. Tapi ada juga kata ia ala-ala Nordic. Semuanya saya buat seorang diri je. Bila buat sendiri, rasa lebih puas.

“Setakat ini boleh dikatakan sudah 80 peratus siap, cuma bahagian bilik je yang belum sebab barang belum sampai. Harapnya boleh siap sebelum majlis nikah kami,” ujarnya yang menetap di Pasir Gudang, Johor.

Tambah Amirul, dia sekadar memuat naik video di laman sosial bagi mengabadikan kenangan untuk masa hadapan, selain berkongsi idea bersama pengikutnya.

“Saya ingatkan biasa-biasa saja, tapi ramai pula yang tengok video dan viral. Hari pertama saya upload video pertama, bakal isteri saya dah tengok hasil kerja saya.

kejutan baru 1

“Dia kagum macam mana saya tukar rumah kosong tu jadi macam sekarang dengan hanya buat sorang-sorang. Walaupun dah tengok di media sosial, tapi dia tetap teruja kerana tak sabar nak tengok kejutan ni depan mata sendiri saat melangkah masuk nanti.

“Saya harap dia suka dengan hasilnya… tak sabar nak tengok reaksinya nanti.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Tak sangka banyak sangat komen dan DM minta tips, tanya pasal cat, perabot dan sebagainya. Ada yang siap minta saya deko rumah mereka pula.

“Alhamdulillah, ramai pula bagi komen positif puji effort saya. Saya doakan mereka juga dapat calon suami yang baik dan seperti mereka inginkan satu hari nanti,” ujarnya lagi.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: mStar, keramatviral

Be the first to comment on "Untung isteri pemuda ini! Bukan setakat siap beli rumah sebelum nikah, deko pun buat seorang diri je"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*