“Oh ada akhir rupanya game ni” – Capai Level 10,000, Anak Gembira Mak Selesaikan Game Candy Crush!

Emak atau ayah korang suka main Candy Crush tak? Korang alert tak dorang sekarang di level berapa dan mesti dorang tertanya-tanya bila agaknya nak menang game ni.

Apa-apapun seorang gadis dari luar negara baru-baru ini berkongsi kegembiraan emaknya apabila akhirnya wanita itu sudah berjaya selesaikan game Candy Crush. Fuhhh macam tak percaya kan?? 

Menerusi perkongsian @aimeeman di TikTok, emaknya dilihat memaparkan skrin telefon yang menunjukkan permainan Candy Crush mengucapkan tahniah kepada wanita itu kerana berjaya melepasi level 10,000!

Menurut Aimee, emaknya telah bermain Candy Crush pada jangka masa yang sangat lama sampai dia sendiri pun tak ingat bila.

Video:

@aimeeman

brb off to get mum a medal #candycrush #CinderellaMovie #momsoftiktok #mum

♬ Spongebob – Dante9k

Namun sebaik saja selesai level 10,000, Candy Crush telah menghantar mesej ucapan tahniah kepada emaknya dan wanita itu dinobatkan sebagai ‘World Best Crusher’. Untunglah! 

“Life goal completed!”

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut turut berkongsi kegembiraan dan berharap mereka juga berjaya sampai ke level 10,000.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan permainan tersebut tidak berakhir di situ saja kerana Candy Crush sudah menambah 70 level lagi (10,070 total level buat masa sekarang) untuk pemain selesaikan.

Aimee walau bagaimanapun memberitahu, emaknya sudah bermain level yang baru ditambah pada Rabu dan sekarang wanita itu di level 10,048. Nampaknya emak Aimee akan selesaikan permainan ini sekali lagi mungkin pada hari ini. Hebat sangat ni! 

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Oh ada akhir rupanya game ni” – Capai Level 10,000, Anak Gembira Mak Selesaikan Game Candy Crush!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*