‘Jod0h’ kerja sebumbung tapi tak nampak g4ra-g4ra baju ala PPE, mujur ada Family Day… wanita Semarang akhirnya bertemu suami dari Marang

Walau berbeza negara dan budaya namun bak kata pepatah, ‘kalau sudah jod0h tak ke mana’.

Begitulah juga dengan wanita Indonesia ini yang tidak menyangka bertemu jodoh dengan jejaka dari Malaysia.

Perkongsiannya di TikTok ketika mengimbas kembali detik mula berkenalan dengan suami sehinggalah diijabkabulkan, mengundang perhatian netizen.

Rohmatul berhijrah ke Malaysia pada 2014 dan bekerja di sebuah kilang di Petaling Jaya.

Sehingga kini video tersebut meraih lebih daripada 63,000 jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Rohmatul Munasiroh yang berasal dari Semarang, Jawa Tengah ini berkata segala-galanya bermula apabila dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke Malaysia demi mencari rezeki pada 2014.

“Ketika itu saya baru berusia 18 tahun dan bekerja di sebuah kilang di Petaling Jaya, Selangor. Suami pun satu tempat kerja namun kami tidak pernah bertemu atau mengenali satu sama lain pada awalnya.

“Ini kerana pakaian kerja saya seperti PPE juga, hanya nampak mata saja. Jadi memang tak kenal pekerja lain kecuali kawan-kawan. Hanya selepas setahun saya bekerja, barulah kami saling mengenali selepas kilang kami anjurkan ‘Family Day’ pada 2015.

“Suami kemudian meluahkan hasrat untuk membawa hubvngan kami lebih jauh. Dia pertemukan saya dengan ibu dan keluarganya di Terengganu pada 2017. Kemudian saya pula bawa dia bertemu keluarga di kampung halaman di Semarang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Alhamdulillah, kedua-dua belah keluarga merestui hubvngan kami. Kami diijabkabulkan pada Disember 2017 di kampung saya, dan majlis di Terengganu pula pada Mac 2018,” ujar wanita berusia 25 tahun ini.

Menurutnya yang senang disapa sebagai Rohmatul, dia tertarik dengan jejaka kelahiran Marang yang tua lapan tahun daripada usianya itu kerana kematangan, kesab4ran dan sikapnya yang kelakar.

jodoh indo 1

Rohmatul bersama suami dan keluarganya sewaktu majlis persandingan di Semarang.

“Dia juga pandai mengambil hati keluarga saya. Selain itu, keluarganya yang menerima saya seadanya juga membuatkan saya yakin dengan jod0h yang ditentukan Allah,” ujarnya yang merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik.

Tambahnya, sama seperti pasangan lain yang berbeza negara, mereka juga tidak terlepas dengan cab4ran khususnya dari segi masakan dan budaya.

“Masakan Indonesia banyak yang berasaskan sambal dan ped4s, memang lain daripada masakan Melayu khususnya dari Terengganu. Jadi saya banyak belajar daripada ibu mentua antaranya singgang, nasi dagang dan lain-lain.

Alhamdulillah, ibu mentua dan ipar sangat baik. Tak pernah beza-bezakan menantu.

ROHMATUL MUNASIROH

“Tapi sekali sekala saya masak menu Indonesia untuk keluarga mentua seperti mi ayam, bakso, soto dan lain-lain.

“Dari segi bahasa pula, mula-mula tu saya pening juga lebih-lebih lagi loghat Terengganu. Tapi kalau tak faham, saya tanya suami saja. Kini dah dua tahun kami balik kampung menetap di Marang. Boleh la cakap Ganu sikit-sikit,” ujar ibu kepada dua cahaya mata yang berusia dua tahun setengah dan tiga bulan ini.

Berjauhan dengan keluarga lebih-lebih lagi tidak dapat pulang ke Indonesia kerana kek4ngan w4bak C0vldl9, Rohmatul berkata dianugerahkan keluarga mentua yang sangat baik hati sedikit sebanyak dapat mengvbati rindu kepada keluarga sendiri.

jodoh indo 3

Kaum keluarga sebelah Terengganu ketika menghadiri majlis perkahwinan di Semarang.

“Memang rindu sangat dengan keluarga di Indonesia. Kali terakhir kami bertemu adalah apabila mereka ziarah saya di sini pada 2019. Kini hanya mampu telefon atau buat panggilan video saja untuk lepaskan rindu.

“Alhamdulillah, ibu mentua dan ipar sangat baik. Tak pernah beza-bezakan menantu. Kami juga tinggal tidak jauh daripada rumah ibu mentua dan adik beradik suami.

“Kemeriahan suasana ketika raya di sini juga buatkan saya gembira dan hilang sebentar kesedihan berjauhan dengan keluarga,” katanya yang kini menjalankan bisnes pakaian secara online.

jodoh indo 2

Rohmatul bersama kakak iparnya (kanan) yang paling akrab dan dianggap seperti ibu kedua.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Rohmatul berkata dia terharu apabila membaca komen positif daripada netizen.

“Saya tak sangka video tersebut mendapat perhatian ramai. Ramai yang komen baik-baik, kagum dengan perkahwinan dua budaya dan macam-macam lagi. Saya ucapkan terima kasih atas sokongan, doa dan komen positif mereka semua,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "‘Jod0h’ kerja sebumbung tapi tak nampak g4ra-g4ra baju ala PPE, mujur ada Family Day… wanita Semarang akhirnya bertemu suami dari Marang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*