Anak kepada pasangan selebriti Hairul Azreen, 33, dan Hanis Zalikha, 31, sering mencvri tumpuan wargamaya di laman media sosial.
Bukan saja disebabkan kecomelan Yusuf Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah, 2, tetapi kepandaian si cilik ini sejak kecil lagi.
Baru-baru ini, cara Hanis mendidik sekali lagi menjadi bualan ramai orang. Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok @syudazman96, Hanis memujuk Alisa untuk mencuba makan buah manggis.
Bagaimanapun, Alisa kelihatan tidak menyukai dan berkata, ‘it’s not yummy’. Lantas, isteri kepada aktor dan pengarah Hairul Azreen itu mengingatkan Alisa untuk menukarkan ayat kepada ‘it’s not for me’.
It’s not yummy
@syudazman96 Cara #haniszalikha ajar anak #part7 – “Not for me” stand for dont like it ☺️
Di ruangan komen, rata-rata warganet memberi komen positif dengan memuji skill yang diterapkan usahawan itu.
Malah, ada segelintir yang kagum dengan tahap kesab4ran Hanis mengajar anak-anaknya dengan menggunakan nada suara yang lembut.
Tahap kesab4ran tinggi
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat hampir 43,000 tanda suka dan lebih 160 komen.
Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: ohbulan, keramatviral
Be the first to comment on "[Vide0] Tegvr Alisa Sebab Cakap Makanan Tak Sedap, Netizen Kagum Dengan Kelembutan Hanis Zalikha – ‘Tahap Kesabaran Mummy Bukan Biasa-Biasa’"