“Macam Pendekar Penyu tapi versi kura2” Teruja Tengok Saiz Kura-Kura Peliharaan Uncle Ini, Siap Anggarkan Usianya

Mempunyai haiwan peliharaan sememangnya dapat menghilangkan rasa b0san kita.

Tambahan lagi jika kita selalu berseorangan, haiwan peliharaan lah yang menjadi peneman kita. Kadang-kadang kita juga sampai bercakap dengan mereka betul tak?

Kebiasaannya ramai orang yang suka memelihara kucing kerana ianya comel dan menghiburkan. Tetapi, ada juga yang memelihara haiwan lain yang mereka suka.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang uncle membawa haiwan peliharaannya bersiar-siar telah mencvri tumpuan ramai.

Video:

@anaestasyia

jalan petang #fyp #fypviral #foryou

♬ original sound – 🦢 𝖆𝖓𝖓𝖆 𝖘𝖜𝖆𝖓 – 🦢 𝖆𝖓𝖓𝖆 𝖘𝖜𝖆𝖓

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang uncle Cina sedang berada di kawasan perumahannya bersama haiwan peliharaannya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia bukanlah membawa haiwan peliharaan seperti kebiasaan orang iaitu anjing dan kucing, tetapi dia membawa kura-kura miliknya.

Lebih menakjubkan lagi, saiz badan kura-kuranya itu sangat besar dan laju ketika berjalan. Difahamkan nama kura-kura tersebut ialah Kursar.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut melihat saiz badan kura-kuranya itu. Malah, ramai yang memberi pendapat tentang di sebalik nama haiwan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 230.9K tontonan, 27.8K likes dan 925 komen di TikTok.

Komen netizen:

Hebatlah uncle.jarang nak tengok orang bawa keluar haiwan peliharaan macam ni

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: says, transformasi

Be the first to comment on "“Macam Pendekar Penyu tapi versi kura2” Teruja Tengok Saiz Kura-Kura Peliharaan Uncle Ini, Siap Anggarkan Usianya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*