Laju Mamat Khalid buat kerja, ‘s4mbar’ penyanyi lagu parodi My Sejahtera Way berlakon – “Sudah buat penggambaran pun”

Terkenal dengan nyanyian lagu parodi viral berjudul My Sejahtera Way, individu bernama Azman Naim kini semakin laris bagai pisang goreng panas.

Ujar Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim, 36, dia menerima banyak tawaran lakonan dan nyanyian lebih-lebih lagi sejak bakatnya turut menarik perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Namun kata pemuda kelahiran Kulai, Johor ini dia terbuka hati untuk menerima lamaran pengarah terkenal, Mamat Khalid.

“Memang dapat banyak tawaran, ada yang saya terima dan ada yang saya tolak ment4h-ment4h.

“Ada satu yang saya terima tu dah buat penggambaran pun di bawah Mamat Khalid… itu baru satu.

“Beberapa tawaran lakonan lain masih pending,” katanya kepada mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AZMAN NAIM 44 MANTRA (@azmannaim44mantra)

Bagaimanapun kata Azman dia masih belum membuat keputusan tentang tawaran untuk menjadi penyanyi.

“Tawaran untuk menyanyi saya tak buat kata pvtus lagi.

“Bukan semua kena dengan jiwa dan imej saya… jadi memang ada yang terp4ksa ditolak,” katanya.

Memang dapat banyak tawaran, ada yang saya terima dan ada yang saya tolak ment4h-ment4h.

AZMAN NAIM

SELEBRITI MEDIA SOSIAL

Terdahulu nama Azman hangat diperkatakan selepas Tunku Ismail memuji dan mengulang siar sebuah video nyanyian semula My Way dendangan Frank Sinatra yang dimuat naik Azman di Instagram.

Tunku Ismail dalam hantaran menerusi Instastory menulis ‘First Class’ sebagai pujian terhadap bakat Azman kerana berjaya menukar lagu My Way kepada My Sejahtera Way iaitu menjurus kepada kelvhan orang ramai yang belum mendapat svntik4n v4ks1n C0vldl9.

Rata-rata netizen turut mengagumi usahawan berkenaan kerana berjaya menghiburkan orang ramai meskipun disampaikan dalam bentuk sarkastik dan gurauan.

Dalam pada itu Azman turut berkongsi tentang pertemuannya dengan Tunku Ismail baru-baru ini.

mamamar

Azman berjumpa dengan Tunku Ismail.

“Sebenarnya sudah tiga kali saya menghadap TMJ. Kami berborak tentang mas4lah rakyat sebab intipati lagu saya semuanya fasal rakyat.

“Dalam pertemuan itu juga kami bertukar pendapat. TMJ memang ambil berat tentang rakyat Johor dan nak ambil tahu sudut pandang saya.

“TMJ pula memang sangat pentingkan bab pengambilan v4ks1n,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Laju Mamat Khalid buat kerja, ‘s4mbar’ penyanyi lagu parodi My Sejahtera Way berlakon – “Sudah buat penggambaran pun”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*